Tuesday, December 11, 2007

Hajris kah?

KUALA LUMPUR: Polis sudah melakukan pemeriksaan termasuk di bilik stor dan tandas di sebuah restoran mamak di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras di sini, berhubung dakwaan seorang ustazah yang hampir menjadi mangsa ‘skodeng’ ketika wanita itu memasuki tandas kedai makan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata beberapa anggota termasuk pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras memeriksa restoran terbabit sejurus mendapat laporan mangsa.

“Kawad cam juga sudah dilakukan dengan mengumpulkan semua pekerja di restoran itu.

“Bagaimanapun, pengecaman tidak dapat dibuat mangsa berikutan bilik stor terbabit didakwa gelap ketika kejadian,” katanya.


Katanya polis masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan mangsa.

Harian Metro semalam melaporkan seorang ustazah berusia 30-an mendakwa ada individu dipercayai pekerja sebuah restoran mamak di Bandar Tasik Permaisuri cuba mengintainya ketika dia memasuki tandas kedai makan berkenaan.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa mendakwa dia tersedar secara tidak sengaja apabila melihat seutas wayar lutsinar terjuntai di dinding dalam tandas restoran terbabit sebelum ternampak wajah seorang lelaki memandang ke arahnya dari ruang terbuka di atas dinding.

Khuatir perkara memalukan itu turut berlaku kepada pengunjung wanita lain, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.


***
buek malu betul..kat situ ada Hajris kecik Hajris beso yang aku suka lepak tu, ad Al Ihsan and satu lagi apa tah...

Memang nak kena carut jer la...

11 comments:

MOLY said...

baru jek baca paper tadi ..
tuh laa .. ingatkan hajris mummy
tapi kan ada banyak kedai mamak kat sana

wooo .. lepas nih konpem sume takot nak gi toilet kat mamak

Dina said...

wooooo....aku mmg cukup seriau klu gi tandas pehtu ada plak yg suka meninjau....

dh jadi habit plak everytime gi public toilet, i will look around. bukan pe...takut jd mcm kes ni lah...

Hijabista2u said...

sunggoh kuang ajar diorg neh....

izal said...

ni mesti kat hajris...sbb al ehsan ade satu toilet je kongsi laki/pompuan...jeng jeng..better watch out to all ladies out there..hanj sgt mamak kaki skodeng nih...

Unknown said...

Tak senonoh betui depa ni..mcm2 la skrg ni..so ladies..apa lgi..tak reghti2 nak tahan kencing..ahaha

dunhill@*london-paris-new york* said...

hish giler psyco.. emm better watch out gangs..

Shah said...

Agaknya aku pun pernah menjadi mangsa skodeng kat situ... Akan tetapi.......lawa ke aku ni nak kena skodeng.... Hahahaha

Red Mummy said...

nnt kalo kita dah tau mamak mana ni, kita kasi tau ye...

dah lama kita x pi visit si hajris tu

Orlando Bloom said...

halamak..semua mamak aku dah masuk toilet dia dan dua dua jantina aku dah masuk..untunglah mamak tu dapat tengok aku meneran!!

Ceera said...

alamak, takkan hajris kot... taknak ar pergi toilet dorang lagi, huhuu~

mad.redo1 said...

kat kT nih ada kat satu, tapi tak sempat nak repot dah terbakor dulu restoran tuh...