Thursday, September 20, 2007

She s Nurin..


Alfatihah to Allahyarhamah Nurin Jazlin. The reports confirmed that the body in the bag is her.

Zalimnya manusia yang mendera dan mengambil nyawanya.
******

From Bernama

KUALA LUMPUR, Sept 20 (Bernama) -- DNA test confirmed that body stuffed in asports bag on Monday at a shophouse at Jalan PJS1, Petaling Jaya Utama asthat of Nurin Jazlin Jazimin, 8, who had gone missing a month ago, said Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed.


Dari Berita Harian Mutakhir

Mayat dalam beg sah Nurin Jazlin

POLIS hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak. Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini. Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas. Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.

"Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya. Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin. Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya. Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut. Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu. Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa. "Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

"Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami," katanya dengan linangan air mata. Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya. Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya," katanya sebak.




AlFatihah. jika benar betul itu Nurin, akhirnya bertemu juga dan berkubur juga si anak, tapi sekiranya bukan ...


22 comments:

Rickywan said...

Sedey sy melihat berita mengenai nurin di TV3 tadi, sebak sy dengan perbuatan manusia keji itu, kalau dpt lah pembunuh tersebut..

ikat dia kat depan KLCC,terlanjangkan dia, pastu rejam dengan batu sampai mati..baru dia tahu...

huh...sedey betul la sy... :-(

mad.redo1 said...

takleh nak kata apa lagilah, cuma kita kena lebih berhati-hati dengan keselamatan kita dan keluarga kita, jangan jadikan kematian Nurin Jazlin sesuatu yang sia-sia tanpa kita mengambil sebarang pengajaran darinya...

Anonymous said...

masih ada lagi rakyat malaysia yg belum merdeka..sesuka hati membunuh tanpa ada rasa simpati...
takziah utk keluarga adik nurin..
al-fatihah

Anonymous said...

MANUSIA BERKEPALA SETAN....FUCKER

Arin said...

Al Fatihah buat keluarga adik Nurin..those people yang buat keje terkutuk nih kalau dijumpai mmg nahas le hidup dia...Sedih dgr Berita 1.30 tadi.

Ziana said...

Al-Fatihah...

sebak saya dibuatnye...
:(

i've publish kat my blog too...

babyarisha said...

Al-Fatihah wat keluarga arwah nurin.
cedey dgr citer dr kwn opis.
i nanges u~~
:(

Anonymous said...

kalau nk kata kbn,x lh jugak tp da dna mmg sah kan betul..mmg binatang la..
sekrg ni "manusia semakin kejam" pale letak kat bontot,cmtu la.. mummy jg la gegirl elok k..

Anonymous said...

Kepada lahanat yg membunuh adik nurin, semoga mendapat balasan setimpal didunia & akhirat..amin..

Orked said...

Al-Fatihah dan salah tahziah..

org yg buat tu tak de adik badik pompuan ke..anak /anak sedara pompuan ke...tak de hati!

sedih tau...Intan aku pun umo 8thn..bimbang tgh keadaan skrg ni

MOLY said...

Al-Fatihah ..

Anonymous said...

sama2 kita bersolat hajat. biar tampil si pembunuh berhati binatang. Kita rejam dengan batu.

Subhanallah..apalah salah anak kecil ini hingga terpaksa memberi nyawanya kepada si binatang di luar sana?

echah_syed said...

sebak rasa..nway ALLAH jua yg maha mengetahui hikmah disebalik sume ini..insyaALLAH tmpt nurin telah dijanjikan syurga.amin

Nash Zarim said...

i've read the news regarding this incident. and i've also read bout the said parent's child denying that the body was not of their daughter's.

i passed my condolences to the parents BUT, i also think that there should be an independent tribunal investigating her death. Who could have forgot Madeleine McCann - 3 years old when she went missing when holidaying in Spain, and found dead later?

Parts of the blame must regretfully lie on the parents. How could an 8 year old be trusted to roam independently?

Like the McCann's, Nurin's parents should held at least a part of the blame.

Sa-Yu-Ri said...

zalim habis la manusia nie....naper la tuhan ader jadikkan manusia camni....patut disule hingge mati....

kakred tau mau emo eh.... tak lawa...

TT said...

That was too cruel. Some people can be so twisted in their appetite!

5th_E Taib said...

Inalillahiwainaillahirajiun. Bak kta Mad Redo, lets learn something from this.

terdiam, terduduk, termanggu when i read it kat Bernama petang semalam.

It is insane dan sesunguhnya, manusia itu hanya menganiaya diri sendiri, so janganlah berlebih-lebihan dalam apa-apa urusan sekalipun. Selalulah ebringat bahawa ALLAH itu sentiasa melihat dan Dia Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Semoga keadilan di dunia dapat ditonggakkan.

Redbloodsnow said...

binatang betol arr the murderer tuh. langsung xde perikemanusiaan. cian arr nengok arwah nurin tuh. whether its nurin or not...ttp cian arr kat si mati tuh. ape lah dosenye dak yg baru berumo 8 taun tuh...iskkk.

Jelly said...

Al-Fatihah.....

but still rasa mcm d parents ada hide sumthing...

Jelly said...

Al-Fatihah.....

but still rasa mcm d parents ada hide sumthing...

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

thanks makmerah for de news ... make us wonder .. where is compassionate in us humans nowadays??? asik2 perang bunuh jenayah tue je .. still pepagi nie sede n haru biler baca ur posting nie... eventhough smlam dh tau .. awatla manusia manusia la ni semakin kejam?? .. hesshhh

Unknown said...

Salam Red Mummy
Salam perkenalan dan salam ramadhan...
Sedih dan marah. Itu yang OD rasakan. Jelas seksa yang terpaksa dilalui oleh adik Nurin selama 30 hari itu. Harap kita dapat tangkap binatang tu dan seksa dia seperti mana dia menyeksa adik Nurin.