Red Mummy
Pencinta Merah...The Red Lover...The Red Diva
...I'm living for my loved ones, with our red blood flowing through our veins until death do/tear us apart...
Sunday, August 19, 2007
Kaitan warna dalam kehidupan Oleh Fairuz Zaidan



Read about myself the Red Diva and family, lam link nih...

http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/Hari/aktif/20070818135445/Article/

also a long copy paste from that entry just in case korang malas nak click link tuh...




WARNA merah sudah menjadi kebiasaan digayakanMira sekeluarga.




SERING kali kita memerhatikan sesetengah individu yang menggemari warna tertentu dalam kehidupan seharian. Ketaksuban individu dalam memilih warna kadangkala mempengaruhi karektor hingga terbawa-bawa dalam setiap aspek kehidupannya.

Tidak mustahil bila menyaksikan seseorang tidak mahu menyarungkan langsung warna lain gara-gara terpesona dengan sesuatu warna. Jika hitam, hitamlah segalanya tanpa sesekali digayakan dengan warna lain. Malah, ada yang boleh mengkritik warna lain yang dirasakan tidak menyerlah, buruk dan sebagainya.

`Mengintai’ mereka yang taksub dengan warna tertentu memang menarik. Lebih-lebih lagi bila individu itu begitu fanatik dengan warna pilihan, sehinggakan orang sekeliling menggelarnya dengan identiti warna itu sendiri.

Bekas rakan sekerja, Haswari Ali atau lebih mesra dengan panggilan Ayie cukup gemar dengan warna jingga hinggakan semua perkakas pejabat dipenuhi dengan rona warna ceria itu manakala saya pula menggemari tema hijau, membuatkan meja unit i-Kon ceria dengan hiasan warna.

Namun, `gila-gila’ kami dengan warna pilihan ternyata tidak mampu menandingi setiausaha di sebuah syarikat terkenal, Mira Abu Bakar, 32, yang begitu fanatik dengan rona merah terang.

Memang merah mak ngah kata orang apabila menyaksikan penampilannya ketika temu janji tempoh hari. Segala-galanya merah, dari hujung kaki hingga hujung rambut.

Bukan saja rona merah itu `menguasai’ helaian pakaian di almarinya, tetapi Mira atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Red memiliki lebih 10 pasang kasut berwarna merah, tas tangan, aksesori perhiasan diri, jam tangan, klip rambut hinggalah kepada perabot rumah, perkakasan dapur serta perhiasan pejabat yang lengkap dengan tema warna itu.

Tidak cukup dengan itu, wanita yang pernah menyertai program Fear Factor Asia dan gemar bersukan ini juga `mewarnakan’ laman blognya dengan warna merah terang.

Namun, dalam `kegilaannya’ pada warna merah, Mira tetap `memberi peluang’ kepada warna lain kecuali kuning. Katanya, dia menyampah dengan warna itu tetapi dia sendiri tidak faham mengapa warna itu yang dipilih menghiasi dinding bilik tidurnya.

Kalau Mira tidak faham, apatah lagi kita bukan. Hakikatnya, bukan mudah untuk mengkaji karektor seseorang, terutama daripada sudut psikologi berdasarkan warna.Kajian secara saintifik pun tidak meletakkan pencinta warna sebagai suatu aspek masalah, melainkan sekadar kecintaan dan suatu hobi yang menyeronokkan.

Pensyarah Psikologi Kaunseling, Universiti Putra Malaysia (UPM_, Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, yang juga Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), berkata minat terhadap warna tertentu tiada kaitan dengan aspek karektor tertentu individu.

Beliau berkata, kaitan warna dengan sikap atau personaliti individu hanyalah satu tanggapan berdasarkan ciri alam sekitar atau sesuatu objek.>

Merah sebati dalam diri Mira


HAMPIR tidak terkata bila pertama kali bersua muka dengan tuan empunya diri ini. Pertemuan di sebuah cafe di Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini benar-benar membuktikan wanita berusia 32 tahun ini sememangnya pencinta warna merah.




SEBAHAGIAN kasut merahyang menjadi identiti'Kak Red'.



Ingatkan beliau sekadar peminat biasa warna itu, tetapi bila disuruh untuk bergaya dengan warna merah dia tidak banyak soal dia mempersetujuinya. Nah, hasilnya petang itu daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki digayakan dengan warna merah.

Tidak perlu bersusah payah mencarinya di sebalik pengunjung di cafe kerana warna pakaiannya saja sudah cukup membezakan dengan yang lain. Baju, blaus, kasut bertumit tinggi dan beg tangan sedondon berwarna merah menyala. Tersenyum melihat gaya beraninya.

Ketika berbual, penulis sempat juga membelek aksesori anting-anting dan jam tangannya yang juga berwarna merah. Fanatik betul dia dengan warna itu!“Saya dilahirkan untuk warna merah,” kata Mira ketika ditanya mengenai `kegilaannya’ pada warna terang itu.

Kata Mira, beliau menyukai warna merah sejak kecil. Jika boleh, segala-galanya dia mahukan berwarna merah. Mujur ibunya juga memahami keinginannya, justeru, banyak barangan ketika kecil juga berwarna merah.

Keinginan memiliki barangan berwarna merah semakin membuak-buak apabila sudah bekerja dan memiliki simpanan sendiri sehinggakan hari bersejarah Mira menjadi Raja Sehari juga diceriakan dengan warna merah.

Segala-galanya merah, daripada kad undangan, hantaran perkahwinan, pelamin , bunga telur hinggakan ke pakaian persandingan, termasuk bunga sanggul, kasut malah pakaian dalamnya pun memancarkan keceriaan warna kegemaran Mira.

Tidak cukup dengan itu, payung pengantin, kenderaan pengantin, khemah tetamu dan cenderahati buat tetamu juga bertemakan warna merah. Minuman untuk jemputan juga merah, tambah Mira. “Air sirap,” jelasnya ramah.

“Mujur suami, Ami Shamril begitu sporting dan tidak banyak kerenah menyebabkan kami sepakat mengenakan busana merah ketika bersanding dulu,” tambahnya.

Ditanya mengenai pandangan orang ramai terutama rakan mengenai `kegilaannya’ pada warna merah, Mira atau lebih mesra dengan panggilan Kak Red berkata, kenalan rapat di sekelilingnya tidak pernah membantah malah menyokong `ketaksubannya’ pada warna merah.

Setiap kali rakan-rakannya melancong ke luar negara, pasti ada ole-ole buat Mira dan warnanya, mesti merah.

Malah, katanya, nama Red itu juga asalnya diberikan rakan ketika belasan tahun, yang kemudiannya berubah menjadi Kak Red atau Red Mummy, selepas memperoleh cahaya mata manakala rakan sekerja memberikan nama Red Diva.“Apapun nama saya, saya lebih dikenali sebagai Red atau Kak Red berbanding Mira,” katanya.

Cerita Mira lagi, pernah suatu ketika dulu kenalan blogger beliau mencabar untuk menampilkan semua benda merah dimilikinya sama ada di rumah atau di pejabat. Sesuai dengan personaliti yang sering dikaitkan dengan warna merah - berani - cabaran itu disahut.

Saksikan sendiri `hasil kerja’ Mira menerusi
http://redmummy.blogspot.com/2007/03/merah-is-kak-red.html dan http://redmummy.blogspot.com/2007/03/red-is-merah.html yang menampilkan objek-objek lucu yang berwarna merah. Anda pasti bersetuju, Mira memang `hantu’ warna merah.

Pertemuan dengan Mira tidak berakhir di cafe. Saya dan jurugambar, Yahya Zain dipelawa ke rumah untuk merakamkan ‘sedikit’ koleksi merah miliknya.

Sebaik saja kaki melangkah masuk di kondominium empat bilik, sepasang putera dan puteri Mira menerpa dengan baju serba merah! Geleng kepala dibuatnya bukan kerana gelagat Shameel Ami Shamril, 6, dan Melysha, 3, tetapi dek kerana suami Mira, Ami Shamril Kamaruddin, 34, turut sama mengenakan kemeja berwarna merah!

Memang sesuai Mira digelar Red, Kak Red, Red Mummy atau Red Diva.


Hampir setiap sudut rumahnya juga dihiasi warna merah. Sofa, permaidani, cat dinding, lampu tidur, perkakasan dapur hinggalah kepada rak kasut lengkap dengan warna itu. Malah, barangan anak-anaknya juga banyak berwarna merah.

Satu perkara paling nyata, `kegilaan’ Mira pada warna merah bukan saja menjangkiti anak-anaknya malah suaminya.


Warna boleh menggembirakan setiap individu

FAKTOR wanita lebih banyak menggunakan otak kanan sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk lebih cenderung memilih pelbagai warna dalam variasi bergaya berbanding lelaki, kata Pensyarah Psikologi Kaunseling, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din (gambar).


Beliau berkata, kajian yang dijalankan membuktikan penggunaan otak kanan secara lebih kerap membuatkan seseorang individu itu untuk tampil kreatif dan secara tidak langsung lebih beremosi.

“Berbanding lelaki pula yang banyak menggunakan otak kiri, kecenderungan untuk memiliki karektor mencintai warna tertentu begitu kurang sehingga menjadikan mereka kurang untuk mengambil tahu mengenainya,” katanya kepada i-Kon.Mengulas mengenai karektor individu pencinta warna daripada sudut psikologi, Dr Mohamed Fadzil yang juga Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) berkata tiada huraian spesifik dinyatakan melalui sudut psikologi mengenai unsur warna.

Beliau menjelaskan, faktor karektor yang sering dikaitkan dengan seseorang seperti bentuk wajah, ketinggian, tarikh lahir dan warna kesukaan hanyalah faktor berseronok semata-mata yang dicipta manusia sebagai sebahagian daripada hiburan.“Kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya terjemahan setiap faktor seperti tarikh lahir, ketinggian dan bentuk wajah dengan karektor seseorang. Ketepatannya hanya 20 peratus,” katanya.Dr Mohamed Fadzil berkata, tiada kajian khusus membabitkan personaliti individu dengan warna kerana adalah normal untuk seseorang itu menggemari warna tertentu yang boleh menggembirakan diri mereka.

Katanya, menggemari warna tertentu umpama mendapatkan sesuatu yang disukai seperti makanan. “Pasti seseorang individu akan berasa lebih gembira jika apa yang dihajati sudah dimiliki depan mata. Begitu juga dengan warna, tentu seseorang itu akan berasa lebih yakin dan gembira jika dapat menggayakan warna yang disukai,” jelasnya.

Beliau berkata, mereka yang taksub atau `terikat’ pada warna tertentu bersikap tidak adil pada warna lain hingga tidak bebas untuk bermain dengan warna, selain membuatkan gaya mereka lebih terbatas untuk tampil kreatif.Dr Mohamed Fadzil berkata, kajian personaliti tingkah laku asas manusia sudah dijalankan sejak 400 tahun dulu.

Kajian itu membabitkan empat faktor dalam sistem badan manusia - darah, hati, kahak dan hempedu. Darah melambangkan kemarahan dan keberanian, hati mewakili suasana dan emosi, kahak pula mewakili kelemahan dan hempedu pula melambangkan kesedihan dan berkecil hati.

>Rahsia yang tersirat dalam warna:BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.


Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

End.


****************************



I need to take a short holiday, ramai sangat paparazzi kat sini. I received beratus sms and calls, pecah record birthday and majuk nak tutup blog aku dulu - will try to blog from the hotel itself.




Wawa, Sebol, Rickywan and my fans in Melaka - sediakan Red Carpet pls. I will see you there!


RED MUMMY redded @ 12:22 AM  

19 Reds:

Blogger Shah said...

Setelah sekian lama kenal baru la aku tahu nama betul Kak Red... Tapi yang part 32 tu betul ke tu? Macam silap taip aje... Hehehe aku lari dulu ye Dik Red...

12:42 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Red Mummy said...

sepatutnya 23 taun.

apa ke jadah dia tulis 32 tahun tah.

akak kawin umur 15 tahun gitu.

UMUR AKU 23 TAHUN BUKAN 32!!!

ingat tu ye!!

12:48 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Lily . Lulu . said...

hahahaha .. kakred tak leh blah tang umur !! wekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :P


agagagaga .. eppi oliday kak red !! see u next week plak :)

1:30 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Lily . Lulu . said...

p/s: lupa lak nak bubuh komen ni tadi.

kata tak suka warna kuning .. awat tulisan tuh kaler kuning ??? :P

1:30 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Red Mummy said...

sbb background ni merah

cuba aku letak kaler itam

sakit mata ko kang

kaler pink ko jadi rabun warna terus kangg

1:47 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Miss Nazla said...

have a nice and safe journey sis!

2:48 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Equilibrium said...

lorrr..apakah sume ini???

2:54 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger eiza said...

ni tgh cuti2 malaysia ke kak red?

jgnla kutuk2 kaler kuning..my fav kaler tau..

happy2 holiday..

3:16 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger adrenaline said...

kak red..power lar u...muke dah masuk BH. biler lagi nak selikkn nan juger??kiter pon mau popular gak.hahaha, abis ar makin byk la mater tu menjadi merah--->green eyes, another term for jealous!hehe....

6:07 AM, August 19, 2007   Edit Red
Anonymous Anonymous said...

kak red, napa nama laki kak red sirman beza sgt ngan nama betulnye ye?? citer skit kak...

11:09 AM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger azrid said...

la..
baru la akak tau
nama sirman tu sebenarnya...

happy holiday..

2:42 PM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Naddie said...

*CLAP CLAP*

Wahhh Kak Red! THANK YOU! Dapat jugak nad bace ekh. Fehmers ni.. fehmers.. COOLNESS! CAYA LA KAK RED!

Ps: Nama gegirl Melysha! Alahaaaiii. Sesuai sangat with her character! I loike!

Niwae, happy Sunday to the Red family! =)

Toddles!

3:30 PM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger MyHeart said...

wah wah...menjadi jadik ko ye kak red....pasni nak wat ape plak???

hehehe...ape ape pon aku bangga dengan mu wahai kakak ku....

LOVE u always!

7:41 PM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Wawa said...

kakred, jom ikanbakar anjung batu esok.

call saya ok.

10:02 PM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Pato & Pearl said...

Have fun for your holiday break!!!..and i guess having fun shopping for Red stuff..:)))

Pearl

11:57 PM, August 19, 2007   Edit Red
Blogger Red Mummy said...

segala pertanyaan dan soalan akan dijawab setelah mak merah pulang ke VA.

harap maklum.

i will do a special entry on 'SIRMAN'.

macih...

2:12 AM, August 20, 2007   Edit Red
Blogger © OD said...

Red,
Opah baru jek terjumpa artikel ni. Sabo je aku... yalah, dah tua, gitu ler... takkan nak marah kot. Ooo... awainya kawin. Masih minor dua-duanya masa tu... isy isy isy... gegegegege. Tak kisahlah Red, umur berapa pun janji ko tetap Vogue.

10:36 AM, February 01, 2008   Edit Red
Anonymous Anonymous said...

sesungguhnya warna yang indah ialah warna keimanan....

10:49 AM, August 26, 2008   Edit Red
Blogger fazemy said...

1st time tahu ada org mcm kak red ni kat dunia..wahh cam nk jd peminat la plak. autograph plis...ngeee

9:32 PM, December 16, 2008   Edit Red

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

Ning Baizura's Wedding & Reception

Stories & Photos of Ning Baizura's Wedding & Reception


Red Mummy - The Winner Of Bloggers Idol 2006

Bloggers Idol 2006

Main Judge of Blogger Kick Start 2007

Browse Red Mummy's blog faster
with Firefox!


Red Lovers

    RED DIVAS ONLINE
    RED DIVAS

    since 9/9/05
About Red

Name: Red Mummy
Home: KL, Malaysia

About Me:
Known as Kak Red and Red Mummy, this petite lady with a strong heart recently attained the 'diva' status and now goes by the title: Red Diva. She is a mom to two kids and complete the other half of an IT Specialist. The Blogging World recognised her talents and crowned her with the title: Bloggers Idol 2006 Winner. The fame from winning the title landed her on the judge chair of the Blogger Kickstart contest, where she spat fire to the contestants without mercy but they loved her for being direct and fair. The Red Mummy tested her limit to the max during the Fear Factor Malaysia 2005. She failed at the last hurdle but the failure has made her stronger. Chess is where her love is but she is equally at home on the courts with futsal, netball, squash, badminton and bowling being her favourite activities. She is very partial to the colour RED. Berita Harian acknowledged her RED life on 18 August 2007, check out the newspaper! This blog narrates her life, so sit back and enjoy the Red Diva Story. Have something for her? contact her at http://redmummy.com/contact-red/
See my complete profile
Red Recent Stories & Photos
Red Old Stories & Photos
Where Are U (WAU) - Every Thursday


It s similar to Jejak Kasih. Mencari seseorang yang hilang, mencari rakan yang telah lama hilang berhubungan, mencari bekas makwe pakwe yang kau sangka lom kawin2, and mencari sapa2 lah yang berkenan di hati.
Ada gambo pun kita leh post kan sekali. If not just a short description bout the fellow that u are searching and looking for pun dah cukup.
Simple, submit your story using Contact Red, she will then publish yr Where Are U on Thursday.


Bersama Mak Merah (BMM) - Every Tuesday


Kita ingin meluahkan rasa hati, rindu dendam sakit jiwa marah dan kecewa mahupun gembira ataupun ingin meluahkan rahsia peribadi yg kita simpan. Kita ingin shout it out, tapi kita tersandar di level yang tidak dapat dilontarkan maybe malu orang akan mengenali anda.
Mak Merah menerima keluhan anda melalui Contact Red dan luahkan segala rasa hati yang tersirat supaya ianya tersurat.
Semua emails tidak akan ditapis, dicopy paste bulat2 di dalam entry bertajuk BERSAMA MAK MERAH, tetapi nama pengirim dan email add tidak akan disiarkan.



Red Reddies

Sponsors



Powered by

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community 

!

BLOGGER

Red Mummy