Monday, September 25, 2006

Preview Rempit....

in conjuction for the 1st Final Blogger's Idol's assignment, which will be published on Wed 27th...



Luahan rasa Mat Rempit apabila ditemuramah oleh wartawan...

Angah{bukan nama sebenar}...Mat Rempit merupakan manifestasi atau suara anak muda yg 'menjerit' meminta agar jiwa dan rintihan mereka didengar oleh masyarakat serta pihak berkuasa. Mat rempit tercipta hasil daripada luahan rasa anak muda yg merasakan diri mereka semakin dipinggirkan dan dibiarkan tenggelam dalam arus modenisasi.

'Cuba bayangkan, apa lagi kami hendak buat, rumah padat macam ikan sardin...lepak tepi jalan dituduh mat gian, main gitar kat dewan dihalau ketua kampung, pergi disko kena serbu, jadi inilah yg 'termampu'.



Katanya, semua pihak harus mencari punca utama wujudnya mat rempit dan bukannya terus-terusan mencari salah dan menjadikan mereka kambing hitam dalam masyarakat. Kami masih muda, masih cergas dan mempunyai kemampuan tetapi tiada siapa datang untuk membawa kami ke arah yg sepatutnya, yg mereka tahu kutuk dan terus menyimpan prasangka yg bukan2. 'Jadi alang2 orang dah anggap kami jahat, biar kami 'jahat betul', puas hati bukan?' katanya.


Fitri{bukan nama sebenar}...berlumba dijalanraya adalah hobi paling murah dan tidak memerlukan wang yg banyak. Dengan hanya berbekalkan RM3, dia sudah dapat mengisi minyak dan seterusnya memecut motorsikalnya ke mana saja dia suka. Adakalanya bukan saja kepuasan yg dia capai tetapi juga ganjaran berbentuk wang tunai hasil daripada wang pertaruhan yg terkumpul.


Hajat hati saya hendak masuk perlumbaan yg sebenar dan sah tetapi mana nak korek duit, hendak bayar lesen lumbalah, kena beli baju dan seluar khas dan macam2 lagi. Jadi pilihan yg ada hanyalah berlumba secara haram, kalau ada polis panda-pandailah 'cabut', katanya.


Halim{bukan nama sebenar}...kegiatan mat rempit hanyalah bersifat sementara dan akan berhenti dengan sendirinya bila umur semakin meningkat. Ujarnya, hampir 90 peratus mat rempit tidak akan 'merempit' lagi bila sudah berkahwin, dapat pekerjaan tetap atau usia semakin bertambah.
'Cuba tanya orang yg hentam kami sekarang, dulu ketika mereka muda apa aktiviti yg mereka buat, silap-silap lebih teruk daripada kami. Ini proses biasa bang...dulu pun ada budaya tak elok seperti 'hippies, bohsia, anak ABU dan macam2 istilah lagi. 'Sekarang ni mat rempit pula. Bagi saya kalau pihak berkuasa 'gentlemen' buka litar lumba biar kami semua merempit beramai-ramai. Ini tidak. Litar Batu Tiga Shah Alam ditutup sebab nak beri laluan pembinaan rumah mewah, habis kami ni hendak berlumba kat mana, tepi sawah?' katanya.



Bagi seorang Pakar Ortopedik Hospital Kuala Lumpur {HKL}, ramai mat rempit lumpuh akibat kemalangan. Katanya, kebanyakan daripada mereka masih dibangku sekolah tetapi terpaksa melupakan sepenuhnya keindahan serta kemanisan hidup seperti yg rakan2 mereka nikmati ketika ini.

'Sedih saya melihat mereka terbaring lesu dan tidak bermaya malah hendak buang air besar pun ,mereka tak mampu sehingga kita terpaksa memasukkan ubat bagi membolehkan najis keluar dari dubur mereka.



'Namun ada satu perkara yg membuatkan saya kagum, jarang sekali saya lihat pesakit2 saya ni menitiskan airmata. Seolah-olah mereka pasrah dan menerima dengan redha ketentuan Tuhan ke atas nasib yg menimpa diri mereka.' katanya.

anda punya pengalaman dalam menjadi mat/minah rempit? email me at alompakagogo@yahoo.com or place yr comments....

12 comments:

Anonymous said...

test.....muaah osama tsunami.....

Red Mummy said...

kak ani, jadi le ni...takut sgt dia tau

x yah click anoy..akak pilih Other letak nama akak

e-jat said...

waahhh! entry mat rempit katanya... suker2

jangan lupa i bekas ratu rempit..

muahaha...

e-jat said...

vote kak red!!!! peh tuh kita makan ramai... kak red blajer.. muahaha..

best ler assignment nih...

Red Mummy said...

ni bukan esemen jat, ni baru preview ye dik

e-jat said...

yer ker??
alahai malu nyer.. apa-apa pon kak red memang best..

e-jat said...

yer ker??
alahai malu nyer.. apa-apa pon kak red memang best..

e-jat said...

nape ada double my comment??

kim bassinger said...

hebat ko mira siap ade preview 1 & 1 lagi..azza azza fighting!!!! (ni koreans suka sebut nak naikkan semangat kepahlawanan)

Red Mummy said...

azza? bunyik cam kawan aku nye laki je - big shot avan!

tu namanya semangat berjuang. bukan cam sesetengah org tu, bila tumpas mulalah mengamuk mengharuk jadi lalat langau.

Red Mummy said...

jat

sapa yg kata kak red tak best tu kan..dia kan...kan kan..

jat sambunglah..

Affy Ronan said...

best gak tajuk kali ni ni ekk..rempit..hheheheh...affy suke rempit tapi sgt sgt tkut if jadi pembonceng..nak jadi pemandu je..haha..takutkan pembonceng..haha..mak merah..sorry r..busy skit last..nanti affy update..vote for mak merah