Wednesday, September 27, 2006

9th Week, 1st Final Assignment For Bloggers Idol 2006



"BI2006 - 1st Final Assignment (WEEK 9):
Isu 'MAT REMPIT' kini kian menjadi² di negara kita. Yang lebih menyedihkan adalah penglibatan anak² Melayu serta pelajar² sekolah. Apakah yang menyebabkan remaja² ini terjebak dalam kemelut sosial ini; dan apakah penyelesaian yang sewajarnya dilaksanakan bagi menangani isu ini dari terus berleluasa"


****************************************


The definition of Mat Rempit, Akak called Puan Faridah - Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka ( 03-21483459 ), and according to her:

1. Mat - panggilan kekampungan lelaki melayu.... cam mohammad, ahmad, samat atau mad... semua di panggil mat....
2. Rempit - in perbuatan melibas dengan rotan... tak kira libas orang ker binatang ker....

Jadi bila digabungkan "Mat" dan "Rempit" jadilah maksudkasarnya "Lelaki Melayu yg melibas dengan rotan", mungkin ini diciplak dari zaman race kerbau di bendang "lelaki melayu melibas kerbau masa race", jadi merempitlah budak budak kampung nih. Hari ini anak-anak muda yang memiliki motosikal ber'cc' kecil dan berlumba haram akan dipanggil Mat Rempit.


Ada other definitions yg mungkin dicoinkan untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan maksud mat rempit;

i. REMPIT - REmaja Minda SemPIT
ii. rem - istilah meneran motorsikal (ejaan asal ram),pit - org yg khayal (istilah lain high) = mat pit yg suka ramming motor dia!!
iii. Mat Rempit ini mungkin berasal dari perkataan himpit. Ini kerana semasa memandu motosikal anak-anak muda ini akan berhimpit-himpit untuk mara ke hadapan. Mencelah, mencelok dan mengelencong untuk memotong kenderaan lain yang lebih besar. Atau mungkin rempit bermaksud membawa moto dengan hati kering..


Dengar lagi suara hati mereka di sini, mereka juga arif berteknologi tinggi. Mereka juga punya rasa perasaan untuk diolahkan supaya dunia mendengarnya.




Ini pengakuan ikhlas akak ye....masa akak ngah driving, this mat rempit punya group was racing like bapak dia punya jalan je, dahlah bingit dek bunyik engine, dengan cilok bagai tak takut mati gamaknya....so tiba2 ayat yg keluar dr mulut akak 'accident!! matilah kau depan tu, kurang ajar!'. Passing by the road, ramai org dok kerumun, ada jem...akak tawakal ajelah, mungkinkah itu Mat Rempit yang baru 10 min yang lalu kusumpah..wallahualam.



Bukan mengutuk bangsa sendiri, tetapi Melayu adalah satu-satunya kaum yang mengagungkan sangat budaya merempit ni. Walau motor cc secoit sizenya, tapi bunyi engine dan mob mesti gempak. Mereka memiliki keyakinan diri untuk bergelut dalam suasana lalu-lintas di negara ini.Tiada rasa gerun, sangsi dan takut apabila memerhati dan melihatkan keseluruhan sistem trafik yang sedia wujud. Kemudian bergembira dan ketawa kuat apabila mereka dapat meninggalkan sesiapa sahaja di belakang mereka. Memacu motosikal dengan laju memang ada nikmatnya. Nikmat ini selari dengan jiwa muda remaja.



Mengikut statistik, sejak 2001 sehingga Mei lalu 3,182 penunggang ditahan dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 hingga 25 tahun. dari statitistik ini menunjukkan most mat rempits adalah bebudak sekolah lagi. Lebih 80% adalah melayu lagi.. Apakah penyebab-penyebab mereka manjadi mat rempit ni?? bagi akak:



Yang lelaki merempit di jalanan, yang gadisnya menjadi pertaruhan. Di zaman muda belia akak dulu, guess it was 10 years back, budaya rempit sudah ada, tetapi akak bukanlah mengikuti budaya ini secara langsung. Dengan sekali pengalaman, menyaksikan pesta rempit di jalanan, it s totally out of my way. Mat Rempit rata-ratanya datang dari keluarga yang di bawah kadar sederhana, mereka hanya dibekalkan motorsikal yang murah-murah, kadang-kadang motor apaknya diboncengnya. Duduk di rumah flat/pangsa/setinggan/kos murah yang sempit dan tidak ada privacy menyebabkan anak2 melayu ni menghabiskan waktu malam2 dingin itu dengan merempit. They usually come from the 'hancur' family, like mak bapak bukan jenis heran nak amik tahu hal anak2. Mereka ini sudahlah di bawah umur, ada yang masih bersekolah, ada yang telah dibuang sekolah, ada juga yang seawal 20s. But biasanya mereka2 ini setelah usia menganjak ke midst 20s atau early 30s, mereka secara automatik akan mula meninggalkan gejala merempit. Jadi target mat rempit of cos at the age of teenagers and up to midst 20s.




Pun begitu, benar juga kata Mat2 Rempit, mereka bukan datang dari golongan yang berpendapatan tinggi, mereka tidak punya wang saku yang membolehkan mereka menghabiskan malam minggu, dan dunia muda belia mereka. Hendak berhibur di disko-disko, cover chargenya sahaja sudah mencecah puluhan ringgit, minum makan lagi? Tetapi hanya dengan RM3-5 full tank for kapcai, mereka boleh bergembira di jalanan, walaupun mereka tahu, ketika laju berterbangan membuat willy cilok mencilok, andai seketul batu mereka terlanggar, padah besar menanti, terlanggar divider, tembok, pokok, pecah 2 badan, berkecai muka ajal pun datang. tapi kalau menjadi jaguh .... mereka akan mendapat nama, wang malahan imbuhan seks, tak terdorong ke iman mat-mat rempit ni bilamana ada hadiah bagi segala tindak tanduk yang mereka lakukan ini??



Inilah pendapat-pendapat yang akak nampak untuk menghalalkan hobi dan cita2 Mat Rempit ini, berikan apa yang mereka mahu, halalkan apa yang mereka minta, abaikan segala birokrasi kerajaan. Buang segala dasar yang merencam jiwa mereka. Berikan hak mereka. Mereka mahukan litar lumba, mereka juga mahukan penonton menonton aksi2 willy terbang dan segalanya. Kerajaan ada jalan, ada duit, berikan apa yang mereka mahu sebelum banyak lagi nyawa terbuang.



Pihak-pihak swasta atau pun korporat seperti Petronas, Shell boleh mengsponsorkan pembinaan satu litar untuk setiap daerah, wang pembinaan litar memang memakan belanja tetapi apalah sangat wang itu yang datangnya dari rakyat juga untuk hasilnya kepada rakyat juga. Litar lumba didirikan untuk setiap satu daerah di setiap negeri, memakan belanja tetapi jika difikir dari sudut jangka panjang, keuntungannya tetap ada. Yuran kemasukan untuk berlumba di litar2 tersebut janganlah terlalu membebankan, biarlah berpada, jangan sampai buat poket mereka semakin sesak dan kering. Nyawa itu berharga, ibu bapa Mat Rempit juga tenang damai apabila tahu ke mana hilangnya anak-anak mereka ini. Hilang merempit di litar yang disediakan kerajaan bukan di jalan-jalan merbahaya.



Mengadakan Rakan Muda Motor, Kem-kem Remaja dan juga Pusat Latihan Khidmat Negara di mana mat-mat & minah-minah rempit dapat menyumbangkan tenaga dan masa mereka kearah pembangunan positif seperti pembersihan kampung2, kawasan-kawasan pelancungan seperti pantai atau kawasan air terjun, mengadakan kempen-kempen keselamatan jalan raya bagi mat2 rempit ini serta menyedarkan mereka tentang hukuman-hukuman berat yang boleh dikenakan kepada pelumba-pelumba haram ini. Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 memperuntukan hukuman max penjara 5 tahun dan denda max RM15K atau kedua-duanya bagi kesalahan lumba haram pertama. Malahan penonton lumba haram serta penaja juga boleh dikenakan hukuman berat menerusi pindaan Seksyen 81 APJ.



Selain itu pendekatan daripada keluarga mat rempit; di mana ibu dan ayah hendaklah mencegah anak2 mereka daripda berkawan dgn mat2 rempit kerana pengaruh daripada persekitaran ie kawan-kawanlah yg membuat mereka menjadi mat rempit in the first place. Jadi ibu bapa adalah faktor utama dalam pencegahan daripada menjadi barah dalam masyarakat. Bak kata 'Rumahku Syurgaku' adalah sangat sesuai disini. Guru-guru di sekolah juga perlu memainkan peranan penting coz mereka adalah yg oversee most of these mat-mat rempit yang bersekolah ini. Dengan kaunseling yang padu serta memupukkan disiplin kepada pelajar2 dapat juga membantu daripada terjebak dalam activity social yg songsang ini.


From my view as a mother, again....bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak, insyaallah, anak2 tidak akan terjebak dengan budaya yang tidak sihat. Sebenarnya walaupun abang masih kecil, akak sudah kept telling him 'no bike no bike, danger ok'. because dia suka berjalan2 bersama uncle nya menaiki motor. walaupun kadangkala akak terpaksa juga membenarkan, tetapi unclenya hanya berani membawanya berjalan2 di sekitar lorong taman rumah mak akak sahaja. itupun segala helmet tok nenek akak pakaikan. ye...unclenya tidak akan merempit sewaktu membawanya tetapi manalah tau, ada mat-mat rempit di jalanan yang buat gila merempit, kita lebih baik ambil sikap mencegah dari terlibat secara langsung. Apa-apapun, yang berlaku di luar bermula dari rumah. Anak-anak yang kurang kasih sayang dan tunjuk ajar dari rumah, banyak memudaratkan dan menyemarakkan isu Mat Rempit.




Adik lelaki akak yang nombor 5 di dalam keluarga akak, juga pernah menjadi Mat Rempit. Walau macamana beliau cuba sembunyikan aktiviti itu dari pengetahuan kami, akak tetap juga dapat tahu, apatah lagi ibu akak. Being a mom, the sense of mother is very good. I was once ambushed him while he and his Mat Rempit's group was lepaking (melepak) menunggu masa untuk ram ram motor dema. I didnt scold him directly in front of the friends, but akak panggil dia privately and told him, that you are still alive, your parents are in the house know nothing about your activity, but for once, pls remember that you are still our beloved, can u pls stop doing this. Mungkin melihat kacamata seorang kakak yang terlalu concernkan adiknya, syukur, he stopped the bad attitude itu. Dia berhenti menjadi Mat Rempit sebelum usianya menginjak 20s.



Mat Rempit itu sendiri perlu sedar dengan kemahuan dan kehendak diri mereka sendiri. Sekiranya mereka juga enggan buka mata dan sedar atas apa yang mereka lakukan, apapun yang kita berikan walaupun dari kerajaan, tetap dipandang enteng. Preview Rempit I dan Preview Rempit II adalah antara soroton-sorotan kisah dahulu dan tatkala ini. Preview Rempit II - akak tidak melihat ianya satu usaha yang berpanjangan, walaupun kerajaan cuba melakukan sesuatu tetapi setelah usai majlis dan perancangan itu, ke manakah lagi hala tuju mereka? yang pastinya tetap di jalanan. Tetapi Preview Rempit I, kesedaran dari bekas-bekas Mat Rempit yang kini merempat di atas katil tidak bermaya hanya kerana kesilapan sendiri, harus dipandang serious oleh Mat dan Minah Rempit. Nyawa terlalu berharga, kalau terus meninggal sewaktu merempit tidak mengapa lagi, tetapi kalau cacat seumur hidup, anda menyusahkan siapa? Ibu bapa yang tua itu juga dibebankan untuk menjaga bekas-bekas Mat Rempit ini bukan?




To Paklah's team: Bukan mudah menghalalkan sesuatu yang mahal, tetapi bukan susah juga untuk melihat nyawa mereka terbuang.









10 comments:

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

hmm penyampaian entri yg tepat pada tajuk yg diberikan... ada definasi, penglibatan pelajar sekolah & juga malay, punca2 rempit terjadi, point2 penyelesaian dri perspektif redmummy n juga dari kacamata from a mother, sister n daughter point towards her family n bro yg secara x langsung terbabit lam dunia rempit nie. Syabas REDMUMMY and semoga entri personal title next week akan lebe marvellous n terus menjadikan REDMUMMY sabagai BI 2006. Jgn jadikan kata2 nista org yg suda dikenali itu sbgai penghalang cita2 utama. Anggapla sbgai kata2 pendorong utk lebe sukses. Last but not least ..VOTE REDMUMMY 4 BLOGGERS IDOL 2006!!

lelaki melayu said...

wah... best..

Tapi mat rempit tak sementinyer baertaruh duit habuan seks dapat.

Ada juga bagi menghilangkan tekanan hidop cam ejat nih. Jat pernah rempit kat dataran merdeka. Hampir nak kena tangkap. Cilok kanan cilok kiri nak lepas kan diri tanpa mnggunakan break.

Bagi e-jat, rempit dapat mengilangkan segala-galanya. Lagi kita laju lagi puas.. pernah bawak motor 160kmh. Laju giler.. silap control memang maut yang menanti.

Dan jat pernah rempit ramai-ramai.. kat dataran merdeka. apa yang dapat habuan seks? duit? yang dapat adalah kepuasan. Eksident? banyak kali dah eksiden.. guling-guling kat jalan raya.

apa-apa pon jat baca dari mula sampai abis.. 4 kali baca tau.. best.. nasib baik ada alamat mat rempit

bets!!!!!!!!!!!

Archmal Gustov said...

wwwwwwwwwwwaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


tepuk tepuk tepuk...

tepuk tepuk tepuk.....




R to da E to da D to da M to da U to da M to da M M Y.......

RRREEEDDDMMMUUUMMMMMMYYY!!!



HIP HOP HHOOEERREEYYY!!1


MALATOPS MAK HAYAM!!!
truskan usaha mummy...!!

Anonymous said...

Very exciting entry, tak boring, olah bahasa yang cantik, simple. Factual...thumbs up...

Narsha J. Fedders said...

Good one sis, as expected. =)

Ujang_MD said...

nice kak red.. entry kali nih menjadi..bertepatan dengan tajuk.. harap juri dapat celik mata tgk yr assigment nih.. dari ketiga-tiga i think kak yang terbaik.. pakat undi kak red.. jom jom!!

Anonymous said...

Akum, Selamat Berpuasa dan berbuka petang ni.

2nd time I read ur piece on the Mat Rempit being latest. Tak sempat register sebab server quality poor, so just email my comment to you je lah. The blog was good. but i think you could make it better by putting in your greatest ASSET that you have as a writer...APA DIA..?

I was surprised that u xmasukkan any PANTUN...AI say brader, u must menonjol lain dari yang lain , so apa kata for next BLOG u karangkan pantun you yang BEST-BEST tu...Dgn Cara tu u ada kelebihan dari org lain.

I know ur pantuns are excellent; sungguh unik dan cantik susunan kata kata, sampai kekadang xpernah orang dengar pun ada.Remember..U masuk FINAL at National LEVEL laaa... SO...Y not gunakan pantuns sebagai pembuka atau penutup blog you mulai sekarang...For best effect, buatlah yang 12 kerat ke...or 4 kerat tetapi...3 rangkap....

All the best to you. I hope you win..dah Final...tinggal 2 je...Later I vote K...server slow ari ni..



Wasalam.

Zul K

Anonymous said...

Mak dah agak dah....pasti best giler punya....

Anonymous said...

Kak Red, ingat saya lagi?

first of all, i want to congratulate you for being one of the finalists, saya memang mengikuti setiap entry dan cerita kak red. saya simpati dengan keadaan yang memaksa kak red bersikap berdiam diri.saya telah membaca semua assignments dari bloggers yang lain dari Week 1 hingga kini, saya seronok katakan, isi kak red memamng padat dan berkesan. memang kak red bersungguh2 menyiapkan setiap assignments, saya galad, kenapa tidak dari tahun lepas lagi kak red masuk BI ini.

saya berharap, juries betul-betul membuka mata mereka dan melihat isi2 dan olahan kak red. thumbs up! dari 5 star, saya bagi kak red 51/2 star..tambahan mata lagi muaahahhahaha

saya sendiri tak sangka, betapa bersungguhnya kak red membuat assignments, siap ada Preview 1 dan 2, terima kasih juga kerana letak link mat rempit tu, saya akui, saya juga seorang rempit dahulu :P

semoga kemenangan berpihak pada kak red. semua kawan-kawan saya juga seronok duduk di blog kak red, bagai berada di timangan ibu sendiri.

tahniah kak red.

the silent - biarlah sentiasa silent.

Anonymous said...

celaka la kau red, aku ingatkan nombor pizza hut, betullah pulak no DBP pn faridah tu!!kau gila kan sampai telepon DBP...apesal kau tak tepon menteri lebuh raya, menteri belia segala.

cun x faridah ni?