Tuesday, September 26, 2006

Preview Rempit II

another Preview, in conjunction for the 1st Final Assignment, before I publish the real entry tomorrow.




50,000 Mat Rempit berhimpun di Bukit Jalil : Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN


LUMUT 10 Sept. Satu perhimpunan membabitkan 50,000 mat rempit seluruh negara akan diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 November ini.

Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual merasmikan perhimpunan tersebut yang merupakan acara kemuncak Karnival Bermotor Putera UMNO 2006.

Perdana Menteri akan memberi amanat kepada mat-mat rempit tersebut agar mereka menjadi generasi yang lebih berguna dan berwawasan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas upacara penutupan Karnival Bermotor Putera UMN0 di Teluk Batik di sini.

Upacara penutupan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Serentak itu, Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor melancarkan Kelab Bermotor Perak.

Kira-kira 8,000 mat rempit dari Lembah Klang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang berkumpul di pusat peranginan terkenal Perak itu sejak semalam.

Selain berkonvoi dari Dataran Merdeka ke Teluk Batik, mereka juga diberikan ceramah motivasi, seminar keselamatan jalan raya serta melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong.

Antara aktiviti gotong-royong yang dilakukan termasuk membersihkan surau, masjid, sekolah, rumah orang miskin dan tadika.

Abdul Azeez berkata, beliau percaya program tersebut berjaya menyedarkan mat-mat rempit yang majoritinya Melayu tentang tanggungjawab dan peranan mereka sebagai aset negara.

Kita kena ubah pendekatan untuk tangani masalah mat rempit ini, saya percaya mereka sebenarnya dahagakan kepimpinan.

Jika terima cara kepimpinan yang betul, Insya-Allah potensi mereka dapat digunakan dalam saluran yang betul, bermula dari sekarang saya tidak mahu menoleh lagi ke belakang, saya akan terus bersama mereka, katanya.

Beliau berkata selepas ini kumpulan yang sama akan terlibat dalam program berbuka puasa pada Ramadan ini dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Saya juga merancang untuk menganjurkan majlis Hari Raya Aidilfitri khusus untuk mat-mat rempit supaya mereka dapat berkumpul beramai-ramai dan berkongsi kegembiraan bersama-sama, katanya.


4 comments:

dbi said...

dear k.red...
mana TB ..tak dak kah?
siapa yg tak ingat siapa ni....kak red lagi lama tak komen/tinggal jejak kat bilikini gelap itu...
hish...

Red Mummy said...

mula le buat gila tb aku ni tau...asal lalat datang je jd gini. nnt k red jejak balik tb biol ni

bilik ko ada lagu la, aku pening pala pi blog ada lagu2 jiwang camtu. lg ketuhanan je i suka dengo. carik tb sat...kat bawah nun dia duduk lah...

dbi said...

dear k.red
lupa plak...tahniah kerana ke final BI06 dan selamat berpuasa..
masak ke tapau kat pasar ramadan je?

Red Mummy said...

masak aaaa..

beli pun beli gak tp sekadar kuih je. masak lagi healthy lah, dah byk kali puasa akak beli kat bazar ramadhan - eh pasar ramadhan (PARAM), pas buka je mula le cirit birit.