Tuesday, September 26, 2006

3 Ramadhan...


2 ketol kari ayam + kentang sebesar mata jam tangan - RM4

1 sudu kecik sambal belacan cair - RM1

3 sudu besar sambal bilis + kacang - RM2

Jumlah keseluruhan - RM7 melampau mahal.



Memanglah akak masak utk buka puasa tapi masa lalu pas parking, nampak budak muda belia ni cam boipren moipren je gitu, jual rojak and few lauks. so dari 7 inggit, yg akak makan cuma seketul kari ayamnye RM2 sahaja totalnya. i have wasted RM5!


akak x suka pi bazar ramadhan, coz bila pi, akak akan membazir beli memacam. last year, i just went twice, think my sir man went more than 10 times kot to look for his fav kuihs.


anw, berhati2lah bila membeli juadah dari bazar2 ramadhan ni. adakalanya harga yang mereka mark up memang mencekik darah. adakalanya juga makanan2 ini tidak berkhasiat. pengalaman akak terkena keracunan makanan di musim puasa sudah terlalu kerap, kerana membeli juadah lauk pauk dari mereka ini.


teringat bubur lambuk...teringat juga bubur kacang merah di BP, Bandar Tun Razak.


menu apa nak dimasak hari ni?

1 comment:

lelaki melayu said...

lebih afdhal kalau kita masak sendiri...

jat dah tak beli dah lauk kat bazar ramadhan.. takot kena cirit...