Wednesday, September 06, 2006

6th Week Assignment For Bloggers Idol 2006


Tetamu-tetamuku, BIUndi akak Redmummy di link ini ye.Terima kasih


'5 syarikat lebuh raya minta kerajaan naikkan tol tahun depan'; Wajarkah Kerajaan naikkan lagi harga tol? A simple YES or a NO, dan huraikan..."


**********************************************





KUALA LUMPUR 29 Ogos 2006: Lima syarikat konsesi lebuh raya meminta kerajaan menaikkan kadar tol di lebuh raya kendalian mereka di sekitar Lembah Klang pada tahun depan. Lebuh raya terbabit adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya Koridor Guthrie, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, syarikat terlibat meminta kerajaan menstruktur semula perjanjian konsesi sedia ada yang mungkin menyebabkan kenaikan tol di lebuh raya terlibat. Menurutnya, beliau akan mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Syed Jamal Syed Jaafar mengadakan mesyuarat dengan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi terlibat bagi membincangkan perkara itu secara terperinci. Saya telah maklumkan perkara ini kepada jemaah menteri dan saya jelaskan bahawa tahun 2007 bukan tahun yang kita tidak hadapi kenaikan tol,katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kementerian dengan syarikat pengendali Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) Holdings Sdn. Bhd. di sini hari ini. Kata beliau, kerajaan menanggung beban bayaran sebanyak RM45 juta setahun melalui proses penstrukturan semula perjanjian konsesi syarikat lebuh raya yang sepatutnya ditanggung oleh rakyat. "Sebelum ini, menerusi beberapa langkah penstrukturan semula dengan beberapa syarikat konsesi, kerajaan telah menanggung beban dan kita bayar beberapa juta ringgit bagi pihak rakyat. "Bagi melicinkan perjalanan mereka, kita membayar kepada syarikat konsesi lebuh raya bermula sebanyak RM45 juta dan kini meningkat kepada RM68 juta setahun,? kata beliau. Ujarnya, kementerian akan melaporkan semula kepada jemaah menteri mengenai hasil pertemuan dengan LLM dan syarikat konsesi sebelum mengambil keputusan mengenainya. ?Jemaah menteri akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu kelak? katanya.


Toll Systems and Fares Toll collection on all our Expressway operates on two systems, namely the closed and open toll system. All toll fares are based on the pre-defined rates agreed by the concession and the government and also the distance traveled by the user.



Mula2 akak baca berita ni, rasa dah musykil - kalau sungguh naik lagi harga tol, ramailah rakyat yang mengamuk, pastu dapat lak assignment pasal ni, hem..bagai ngantuk disorongkan bantal. apapun, keputusan akak - tidak. nokhtah.

Dari Budget 2007, terbaru yang Pak Lah keluarkan last Friday, antara petikannya:

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat dapat diringankan, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Pada 7 September lalu, saya telah mengumumkan bahawa Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol, diesel dan gas memasak dalam tahun 2005, tidak menaikkan bayaran tol sehingga penghujung 2006 dan mengurangkan cukai jalan berkuatkuasa 12 September 2005.


Akak membangkang kenaikan harga tol untuk kesekian kalinya. Tak tahulah kenapa kerajaan suka sangat membebankan rakyat cam akak ni untuk menangung lagi beban yang dah sarat. Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, nak pulak dinaikkan harga tol. Tak tertanggung rasanya kerana warga2 Malaysia yang kebanyakannya adalah pengguna-penguna highway untuk ke tempat kerja seharian atau memerlukannya untuk perjalanan jauh seperti pulang ke kampung halaman atau bercuti-cuti Malaysia. Mungkin akak tidaklah terasa sangat kenaikan ini coz akak tak perlu pulang ke mana2 kerana my parents are nearby, but the thing is, warga yang punya kampong nan jauh atau pun dekat maybe di selatan, pantai timur dan utara semenanjung yang selalu pulang ke kampung memasing, busuk2 sebulan sekali so beban tol amat terasa sekali.


Adakalanya pengguna jalan raya yang sering bertemu tol-tol comel seperti suami akak tak banyak sedikit pasti akan merungut. Touch and go but pastu the deduction of the toll tak berbaloi dengan kenaikan harga minyak. Kalau dulu kereta akak one full tank leh bayo with RM70, but sejak harga minyak naik dah jadi RM100 terus. Rumah akak dekat, so minyak kira ok lah tapi kalo ngan orang yang tidak terlalu banyak belen gaji tetiap bulan, camne nak cover lak duit toll ? seperti contoh, sila ke link ini, budak ni siap letak expenses gaji dia for a month, kamu kira lah sendiri kalo dia nak balik Terengganu, tak ke kena menyimpan sungguh2 for the toll fares.



Dulu akak asalnya dari Renong Berhad (nama skang UEM Group). Akak korek info dari kawan2 and kaki2 akak kat PLUS tu, and korek punya korek, akak studied their 2004 Annual Report untuk mendapatkan lagi better grip on where the daily toll and millions of other Malaysians pay goes to.


Guess what?? I discovered some startling facts. PLUS collected total revenue of RM1.43 billion in 2003 and its profit margin is a hefty 82.7% (EBITDA margin). Dengan 82% adalah dari pengguna highway terdiri daripada cars, the toll secara amnya from the man on the street. Furthermore, a wholly-owned subsidiary of PLUS is the main beneficiary of the operating expenses related to maintenance of the highways. On top of this the government agreed to waive the company's obligation to pay interest accrued up to January 2002 amounting to RM2.48 billion. Tambahan lagi, kerajaan telah mengecualikan cukai PLUS dari pembayaran income tax in respect of its adjusted income from all sources from the year of assessment 2002 until the year of assessment 2006. At the end of the day, the total liabilities stand close to RM7 billion.


Akak find the current heated debate on the raising of toll rates interesting. As usual, the toll hike impacts nearly everyone and everything. With the Consumer Price Index (CPI) rising to 5.5% recently(excelli figure ni mungkin lebe lagi tau??), the government (namely the Cabinet) should expect opposition from all walks of life against this toll hike. Our dear Works Minister S Samy Vellu offered help to convey the people's views to the Cabinet. However, he emerged a day later blaming the Cabinet (of which he is part) and the government (of which he is also part) for its approval of the toll hike. He went further to criticise MPs against the hike saying they were using it as an opportunity to gain political mileage. Well, as a regular user of the Plus highway, I am keen to find out who is responsible for this toll hike.


Samy attributed the increase to the agreement Plus had signed with the government a few years back (when he was already the works minister). Akak went through some past news report and flipped through the Plus 2003 Annual Report and was quite surprised to find out that UEM, Khazanah, EPF and Socso collectively own more than 80 percent in Plus (I stand corrected as these figures were obtained from 2003 data). As far as everyone knows, the government basically controls all of the above mentioned entities and most of their directors are nominated by the government. Hence, the government directly (via Khazanah) and indirectly (via the rest) holds a controlling stake in Plus.


So, if the real problem is the agreement signed between Plus and the government, why doesn?t the government vote to change this agreement that is eating away the nation's wealth? If the government truly stands with the rakyat, why is it insisting on collecting additional taxes just to be channeled back into the treasury via corporate taxes? We had an authoritative ruler for the past 22 years when almost all decisions made by a few men. they controlled basically all the government-linked companies.


BUKAN ORANG BIASA (nyanyi ikut tune lagu Bukan Cinta Biasa ? Siti Nurhaliza )

Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa

Projek projek yang berbeza
beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
kerna ku yakin tiada jawabnya oohh...

Walau ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang tercedera
Tapi biarlah terkorban nyawa
Akan aku salahkan takdir nya

MRR2 keretakan
Pantai Timur tak rata
Utara Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri yang lama
Tak ingin berhenti
Tak ingin berganti
Peduli apa orang nak kata

Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah diduga
Jangan harap ku letak ..jawatann ....



Dalam satu interview ngan Menteri Kerjaraya kita ni, beliau ada kata:

On congestion on the North-South Expressway, it was built to cater to 160,000 vehicles a day but 1.2 million a day use it?


Hellooooooooooo????..


Kalau dah mula2 dulu target 160K kenderaan , sekarang dah 1.2 M pengguna highway sudah 7 1/2 kali original estimations nie. Dah bertambah pengguna buat aper nak naikkan harga tol?? Maintain je la harga yang sama coz pengguna dah bertambah. Apa ko masih nak untung ke bila dah bertambah pengguna ni ?????



Let?s study this pulak, a Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng In Petaling Jaya On 23.12.2004 (keratan ini bukan menunjukkan akak menjadi dalang DAP mahupun menentang kerajaan tetapi sekadar fakta yang perlu diguna pakai)



PLUS Does Not Need To Add On To Its RM 736 Million Profits Together With Additional Benefits Such As The 5 Year Corporate Tax Exemptions And Waiver Of Interest Payments For The RM 1.65 Billion Government Loan
============================================

In receiving the Committee Against Unfair Toll Increases led by its Chair Teresa Kok, Plus stressed that it owes obligations only to its stakeholders - the government, its lenders, shareholders, employees as well as highway users. PLUS is wrong because they have overlooked the most important stakeholder ? 25 million Malaysians!

Even if there is no direct stake by Malaysians, PLUS must perform the principle of social corporate responsibility by given full accountability to those affected by its quest for profitability. They can not just give lip service to corporate social responsibility without being fully responsible to the social impact of its business operations.

PLUS appears to have forgotten that Malaysians have a direct interest in PLUS through Khazanah Nasional bhd, SOCSO and EPF with a total stake of nearly 40%. Therefore PLUS has a responsibility to explain why it needs the 10% toll hike or an extra RM 154 million when it recorded RM 736 million for 2003.

According to financial analysts, PLUS is expected to record profits of RM760 million in 2004 and RM 937 million in 2005, with the latter caused by the 10% toll hike.


Is it not unethical to allow a company making RM 760 million to earn an extra RM 154 million? Can PLUS not forgo the 10% toll hike or extra RM154 million revenue when it enjoys:

**
a highest operating margin in the world around 83%;
**a 5-year tax exemption on corporated tax from 2002-6;
**almost RM 1 billion in compensation by the government;
**infrastructure cost borne fully or partly by the government such as the widening of the highway costing RM 962 million; **waived from making all interest payments for the RM 1.65
billion loan from the government.



Which companies in Malaysia enjoys such benefits especially tax exemptions for 5 years and waiver of all interest payments from loans taken from the government. Even government companies such as Petronas do not enjoy such benefits. For Works Minister Datuk Samy Vellu to claim he had no choice but to support the 10% toll hike because the government can not afford to pay RM154 million in annual compensation or RM38 billion throughout is ridiculous when he himself had signed the contract in 1987. As the culprit behind the favorable highway contract to PLUS. Datuk Samy must assume full responsibility and resign.



Akak harap pentadbiran tol-tol swasta ini menghentikanlah penggunaan alasan 'Tol di negara jiran lebih mahal'. Jangan cabar intelek rakyat moden and marhaein. Akak tahu rakyat tak mahu alasan2 bagai, akak dan rakyat mahukan fakta and ketelusan dalam keputusan untuk menaikkan harga tol ini. Bentangkan di dada2 akhbar dan berita2 utama di semua stesyen television negara tentang kenapa harga tol perlu dinaikkan. Keluarkan statistik, kira-kira dan graf..


Selalunyalah kalau harga tol naik, kos kos bagai2 bende pun akan naik. Kalau cost of living kat Mesia ni tinggi, macamana nak menarik pelaburan asing?? Lebih baik diorang gi melabur kat negara2 yg cost of living rendah cam India or China kan?? So sapa yang rugi???Kerajaan dan rakyat kita gak yang rugi.


Jawapan untuk: BUKAN ORANG BIASA


Hi Hi Bye Bye (Jawapan ku untuk semua)

Mula terasa resah bagai ada yang mendedah
Mungkin ku lewa atau kroniku dah berpaling tadah
Bila politik tak seperti dahulu kala
Definisi gembira bermakna bila ku tiada

Dulu senyum ku manis rambut palsu ku kau suka
Kini semua pahit tak seperti era Mahathir
Namun hakikatnya serik ku mendengar cemuhan
Letih dan bosan asyik kena komplen pasal jalan

( korus )
Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Bukankah aku ahli silap mata
Kau berikan duit, kau berikan dusta
Kini kau kata hi hi, nak ku katakan bi bi
Biar ku berdikari cari taktik sendiri
Jangan kau hampiri suruh ku berhenti

( verse 2 )

Mula ku kau kenali, gunung sanggup kudaki
Setelah duit kucuri, apa yang kau peduli?
Ingatkah siapa membuat jalanraya satu Malaysia
Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa

Berikan semula projek ketika bersamaku
Pulangkan semua kontrak hadiah di hari jadimu
Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
Bila duit dan rasuah bagai tak dihargai

( ulang korus )

( rap )
Sesekali terlintas di fikiran
Suruh kau terima saja keadaan
Baik kau semua kecewa
Biar aku habiskan Ringgit Malaysia
Pasti egoku tak hairan
Merasakan penangan
Tak mungkin lain yang mengganti
Ku petik jari ramai yang takuti

Hi, Hi, Hi, Yai, Yai, Ho Ho Ho Ho Ho Ho
Hi, Bi Bi
( ulang 2X )

Kini kau kata, Hi, Hi
Nak ku katakan, Bi, Bi

( ulang korus )

Tak termakan rayu takkan ku menyesal
Dengarkan kataku aku kan kekal




Tetapi sekiranya harga tol dinaikkan juga, siapalah akak untuk menentang? Tidak mungkin akak akan bersama2 mereka untuk melakukan demonstrasi jalanan membantah dan memprotes tugas2 kerajaan, mengenepikan rang undang2 yang telah dilunaskan. Mungkin akak tidak menyalak bukit tetapi sekiranya pun akak menyalak, mungkinkah bukit kan runtuh? Tidak mungkin?.bersuara biar pada jalan yang benar, tol naik pun, mahupun turun, kita sebagai rakyat, walaupun menentang tetapi tetap mengikut arahan dan kata, biarpun, kita membayarnya dengan kadar yang sungguh tidak ikhlas.

daripada ko pi buat rusuhan, baik ko Vote akak



Alangkah molek dari rakyat dibeban, biarlah rakyat dimanjai?.



** Fakta2 diperolehi dari staff PLUS, PLUS Annual Report,
Khazanah dan Bank Negara Malaysia.


************************************************************


Salam jutaan terima kasih untuk Penjuri-penjuri utama Bloggers Idol, yang terpaksa mencuri masa menghabiskan waktu membaca tugasan akak untuk memastikan keringat Bloggers Idol tidak membazir begitu sahaja. Trimas jugak untuk pengundi-pengundi yang akan mula mengundi pada hari Khamis jam 12thari till Sunday 12noon, untuk mengundi klik di sini.

5 comments:

ArcHmaL HatiEmieY said...

yesssshh!!! leh carut duluk....

kak, ko ghila ek??brani mati nie...

no wonder laa kan...berbaloi cuti satu hari... entry berjela jela...siap research , facts , number segala ni....

ngeri mak tengok nyah!!

ashnburn said...

gaya bershaja n relax dri redmummy dlm assignment ini. hmmm.. byk melambangkan kerja keras dlm mencari data2 dri PLUS, DOS n sebagainya... banyak kekawan yer dri sumber2 separa gomen (read khazanah/ bnm)- suka tengok gamba last tue .. nmpak semngat sangt bader tue dlm berdemo .. siap suruh vote redmummy lgi tue .. gelakss

Lee Novotny said...

waaaah panjangnya.... tapi kan..u ols, bangkang jgn tak bangkang! Just bcos we like the gomen yg sedia ada (for most people), tak semestinya jadik "yes man" kan???

Ni yg tak faham ni..yg kaya makin kaya..yg meskin mcm kita ni....makinlaaaa meskin..rega barang tak turun turun pulak tu! (kat UK rega barang banyak turun gak..slashed prices banyak kali..aci tak?) eheheheh

Bravo u ols... good luck!

Affy Ronan said...

great entry..lali affybace...good job and goodluck for u

Wan said...

all info dlm blog nie shows red mummy is a very uptodate and broad minded woman....this is what we want from a good blogger....