Wednesday, September 13, 2006

7th Week Assignments For Bloggers Idol 2006


Sudi-sudi mengundi akak Red di sini:



5 things he / she (your partner/ spouse) doesn't need to know about you..."


*****************************************************************



Hidup ini sebuah perjalanan yang panjang - dilingkari taman nan wangi, juga lembah berduri yang maha dalam......
ina naim




Kenapa pentingnya rahsia rumahtangga disimpan dan dipelihara, serta apakah ruang lingkup hal-hal yang tergolong dalam rahsia rumahtangga, namun masih ada satu aspek yang perlu diketahui berhubung dengan persoalan ini, iaitu mengenai keadaan yang membolehkan rahsia rumahtangga diluahkan kepada pihak ketiga.



Ambil contoh satu kes yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Seorang wanita mengadu kepada Rasulullah bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Rasulullah pada awalnya memutuskan bahawa si suami boleh dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tapi pada ketika itu juga turun wahyu yang membolehkan seorang suami memukul isterinya dalam keadaan tertentu dengan tujuan mendidik (bukan pukul menyakitkan atau pukul geram). Secara tidak langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia rumahtangganya dengan menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga (Rasulullah).



Dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumahtangganya. Kerana, ia dibuat demi kepentingan atau muslihat rumah tangga itu sendiri. Bila timbul masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri terasa sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan 'orang luar'. Mahu tidak mahu, sempadan rumah tangga terpaksalah direntas! Bagaimanapun, beberapa perkara perlulah diambil kira supaya natijahnya benar-benar mendatangkan masalah kepada rumah tangga, bukan sebaliknya.



Perlunya sikap telus dan berlapang dada

Hubungan suami isteri mestilah dilandaskan atas sifat saling berlapang dada. Jika timbul satu-satu hal yang tidak menyenangkan salah satu pihak, ruang perbincangan perlu dicari. Seboleh mungkin, apa pun masalah yang dihadapi, ia perlu diselesaikan di bawah bumbung rumah tangga sendiri.



Rindu, kiranya kutahu pedihnya disambar sepi, tak mungkin kubiarkan cintaku pergi....
ina naim




Sifat telus dan berterus-terang perlu ada.


Kadang-kadang ada satu-satu sikap atau perilaku pasangan kita yang tidak kita senangi. Rasa tidak senang ini boleh diluahkan asalkan kena cara dan waktunya. Jika tidak berhasil dan pasangan kita masih mengekalkan sikap itu, apa yang mampu kita buat ialah sabar dan redha. Terimalah pasangan kita seadanya. Allah berfirman, maksudnya: "Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (maka bersabarlah), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak (untuk kamu)." (An-Nisa: 19)



Oleh itu, sebelum sampai ke tahap 'gatal mulut' untuk meluahkan perasaan dan menceritakan buruk laku pasangan kita kepada orang ketiga, cubalah bersabar dan pujuk hati dengan mengingati kelebihan pada dirinya berbanding keburukannya.



Sirih dan puspa pun bersatu di atas tepak, mengiringi cincin yang mahu bertakhta di jari si dara....
ina naim





Mengadu kepada Allah

Andainya tidak mampu bersabar dengan sikap dan tingkah laku pasangan yang telah Allah takdirkan menjadi suami atau isteri kita itu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perilaku yang bertentangan dengan syariat, bolehlah kita berkira-kira untuk mengadu kepada 'orang luar'.



but before that, you need to ask yourself, whatever actions that we take, will it give a good impact in our marriage life? Dan jangan lupa pada sebaik-baik tempat mengadu iaitu Allah. Mohonlah kekuatan dari-Nya dan mohonkan juga petunjuk buat suami atau isteri kita. Sebaik-baiknya jika kita hendak mengadu hal kepada pihak ketiga kerana tidak mampu lagi menanggung beban masalah yang semakin berat itu, buatlah dulu sembahyang istikharah. Minta petunjuk dan 'restu' dari Allah terlebih dahulu.



Merujuk kepada orang yang sesuai

Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal dalaman rumahtangga kita kepada orang lain, kita harus merujuk kepada orang yang tepat. Kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah. Jika pada diri orang itu tidak ada sifat amanah dan adil, kita mungkin mengundang susah.



Ombak pun tidak mahu lagi menghampiri pantai. Awan pun tidak sudi menyapa bulan....
ina naim




Hal-hal sulit melibatkan rahsia rumahtangga yang kita adukan kepada orang yang tidak amanah, boleh jadi akan dikongsi dengan orang lain hingga akhirnya tersebar merata. Ia akan dibisikkan dari satu telinga ke satu telinga. Seorang yang tidak memiliki sifat adil pula akan memberi maklum balas yang dipengaruhi emosi. Ada kemungkinan orang seperti ini akan menjadi penghasut dan pengusut masalah.



Sempadan dalam menceritakan rahsia rumahtangga Orang yang tepat untuk diadukan masalah sudah diperolehi. Orangnya boleh dipercayai, tenang dan berwatak pendamai. Mungkin dia merupakan teman rapat yang sering menjadi tempat meluah perasaan dan berkongsi masalah. Boleh jadi juga dia seorang kaunselor yang berpengalaman. Dia boleh membantu sama ada memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah untuk membetulkan frekuensi hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.



Siapa pun dia, seperkara yang harus diingat, dia tetap 'orang luar' dalam konteks sesebuah rumahtangga. Oleh itu, rahsia rumahtangga yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan (relevan) dengan masalah yang dihadapi. Tidak lebih dan tidak kurang. Jangan sampai hal-hal yang tidak berkaitan pun diluah habis. Jangan sampai pengaruh emosi membuatkan seseorang itu bersikap tidak adil dan tidak jujur terhadap pasangannya. Biarlah hal-hal yang diceritakan itu sekadar yang perlu untuk membolehkan pihak ketiga tadi mengetahui masalah yang dihadapi dan dapat memberi pandangan yang sesuai.



Awan, usahlah kau usir bulan, aku mahu terus merenungnya kerana aku tahu si dia juga akan merenung purnama yang sama...
ina naim




Merujuk kepada hakim

Sesetengah masalah rumahtangga memerlukan pihak suami atau isteri merujuk kepada pihak yang boleh membuat keputusan ke atas masa depan rumahtangga terbabit. Dalam kes ini, jalan penyelesaian melalui perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah tidak membuka sebarang harapan untuk damai. Waktu itu rahsia rumah tangga terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah. Sebelum ke peringkat itu, boleh juga ia diselesaikan melalui inisiatif wakil kedua-dua pihak suami dan isteri yang dipanggil 'hakam'. Pihak lelaki diwakili seorang hakam, dan pihak perempuan begitu juga. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam di kedua-dua pihak sebagai jurudamai untuk membantu menyelesaikan kes yang dihadapi.



Firman Allah, bermaksud: "Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan." (An-Nisa': 35)



Kedua-dua hakam ini akan mengadakan 'soal selidik' ke atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah. Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari titik temu atau jalan damai. Dalam hal ini, suami mahupun isteri, memberi kepercayaan kepada hakam untuk mencari jalan penyelesaian pada masalah antara mereka. Oleh itu sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka akan diluahkan kepada jurudamai ini. Di sini pentingnya hakam yang dipilih itu terdiri dari orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil. Boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.



Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan cara baik. Dan ini perlu dirujuk kepada mahkamah. Menceritakan hal-hal dalaman rumahtangga kepada hakam ataupun hakim, kadang-kadang akan mendedahkan juga aib diri sendiri. Tapi disebabkan jalan lain tidak ditemui dan beban yang ditanggung semakin menekan, risikonya terpaksa ditanggung. Termasuklah kemungkinan lebih banyak rahsia rumah tangga harus dibuka berbanding jika merujuk masalah kepada kaunselor atau orang tengah.



Walau apa pun, jalan terakhir ini juga perlu didahului dengan sembahyang istikharah dan disertakan niat yang tulus. Kalau hanya dengan cara ini dirasakan masalah akan selesai, moga ia dapat ditempuh dengan tabah dan diperolehi kekuatan dari Allah.



Apa pun, yang jelasnya rahsia rumah tangga tetap merupakan perkara yang harus dipelihara dengan kemas. Anak kunci 'peti besi' yang menyimpan rahsia rumah tangga hanya boleh dipinjamkan kepada orang lain jika keadaan memaksa demi kepentingan bersama. Itupun perlu dilakukan dengan penuh waspada supaya aib dan maruah keluarga terpelihara.



buat yang mahu mengerti, hayatilah bait demi bait garapan ini dengan mata hati, bukannya emosi....
ina naim



Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan

Mungkin ada orang yang memusuhi suami kita, berniat jahat dan hendak membuat aniaya ke atasnya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala maklumat, latar belakang suami dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai isteri harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat pada musuh hanya mengundang bahaya. Sejarah ada mencatatkan kisah isteri kepada Sam'sun al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa si suami terancam.



Oleh itu, jangan terlalu lurus atau menurut sahaja sekiranya ada orang membuat temujanji atau panggilan yang mencurigakan. Jangan semudahnya mendedahkan "rahsia" keselamatan suami. Seboleh mungkin isteri cubalah mengesan helah dan kepelikan melalui tutur kata atau perilaku orang yang berniat jahat terhadap suami dan keluarganya.



Rahsia Khusus

Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Imamul Ghazali rahimahullah ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada kaum mukminin supaya menjaga dan memelihara amanah yang dipikulkan (diamanahkan) ke atasnya. Antara amanah itu ialah "satu perkataan atau ayat" yang diamanahkan kepada kita supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka kita wajib menjaga amanah itu.



Begitulah juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga. Wallahu a'lam.



My Dignity - Does he knows that i keep telling people that i am a good chess player than him? u must be thinking..chess??? well, for people who knows us so well, we both are addicted chess player. when we were still in a friendship stage, we hit this game together. so as i was playing white, he never thought that this lady is damn good too (pardon me for being so berlagak, but this is a very related story). as expected, the Sir Man kalah at the first round. He was of course, so shocked, who can think that this petite lady is so terer in Chess kan. to satisfy him, we played for a 2nd round pulak....again, i made him a checkmate! till then, we never played together, he will play wt his own Yahoo Chess, and i will hit mine, from my alompakagogo@yahoo.com too. when we go for a tournament by Persatuan Catur Malaysia, he will always back up with lots of reasons, and allow me to being a lead in the tournament. and behind his back, i kept telling people - yeap, i am good player than him in Chess. but i dont dare to say it infront of him, and i guess these 2 will cause: 1. pasti hatinya akan terluka 2. he? to kalah to his wife?..noway hoseyyy! Biarlah segalanya rahsia dr pengetahuannya...


Rahsia Harta Benda

Harta benda dan kewangan suami juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri sebagai pemimpin (pengurus) di rumah suaminya, tentunya orang yang paling memahami dan paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina. "Pemimpin" di rumah suami ini adalah kenyataan dari Rasulullah s.a.w. sendiri. Sabda baginda, bermaksud: "Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah." (Riwayat Thabrani daripada Abdullah bin Salam)


yang tersirat, sudah pun tersurat. kuterima kententuan ini seadanya...
ina naim



Rumahtangga dan segala isinya adalah dikatakan "harta" suami dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawab isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang mencuri-curi tengok ke dalam rumah orang lain tanpa izin.


My Pride - i drove his car and accidentaly hit the border of the road yang buat bumper bawah kereta dia a bit kemek. which i buat tak tau jer later after that. like nothing happend. and i dont know whether he could find out or not. but if it happens to my car, i will immidietly call him to send a report, to update and to everything lah. and again, when i was using his car (we sometimes, switch car), there are times i forgot to tit tit the alarm's key. hihihihihihi...mak lupa nyah...byk sgt brg nak bawak. and in the morning, bila akak nak pi kerja baru perasan mak datuk aku x kunci keter dia...luckily he doesnt know that. both incidents would never ever go to his ears. tak berani, bukan takut dia marah tapi takut nanti the trust of using his car is not there anymore. so let s keep it as a secret lah kan...



Rahsia Bilik Tidur

Inilah rahsia utama seperti yang diketahui setiap pasangan suami isteri. Rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disorok dan hanya menjadi rahsia antara mereka berdua sampai bila-bila. Adalah haram dan berdosa hukumnya kalau salah seorang dari mereka menghebah-hebahkan aktiviti seks mereka kepada orang lain.



Rahsia bilik tidur adalah milik eksklusif suami isteri. Ertinya hubungan kelamin suami isteri jangan sampai ke pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain walaupun anak-anak sendiri. Sebab itu Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak seusia umur tujuh tahun dan lebih bertegas dalam soal ini ketika anak-anak mencapai usia 10 tahun. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya proses "pemisahan tempat tidur" harus dimulakan lebih awal iaitu seawal usia mumayyiz; ketika anak telah dapat membezakan antara perkara baik dan buruk. Contoh yang diberi Rasulullah saw, seorang anak yang sudah mengenali mana tangan kiri dan tangan kanannya.



Hikmahnya banyak sekali. Selain memelihara hubungan suami isteri, anak-anak juga dilatih tidak terlalu bergantung pada ibu ayahnya, berdisplin dan kendiri. Bilik tidur merupakan benteng terakhir rahsia rumah tangga. Kalau anak-anak, cucu-cicit dan sebagainya mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu.



awan, usahlah kau usir bulan, aku mahu terus merenungnya kerana aku tahu si dia juga akan merenung purnama yang sama...
ina naim



Terutamanya pada tiga waktu yang wajib dijaga oleh pasangan suami isteri, demi kehormatan mereka dan anggota keluarga yang lain. Sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran, tiga waktu tersebut ialah sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak. Waktu-waktu ini sama ada suami isteri sedang bersama ataupun salah seorang dari mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik tidur.



Jika anak-anak yang masih kecil pun harus diatur dan dididik menghargai dan menghormati waktu istirehat ibu bapa, apatah lagi orang-orang yang tidak berkenaan langsung. Oleh itu, kurang sesuai untuk bertamu ke rumah orang di waktu-waktu itu dan waktu tertentu yang lain.



My Action - anak.... ? i was having a shopping wt him and our son that time. pastu dia pi isap rokok kat luor mall tu, and he told me 'look after abang, jangan ingat shopping jer'. yes sir! so akak pun shop and sambil2 mata x lari from our son yang memang terkenal dengan hyperactive nya itu. dek kerana galid bershopping, akak terkasima sesaat bila Abang dah hilang dari mata akak....dalam keadaan manusia yang ramai dalam mall tu, it s a big sales fyi. akak mencanak2 mencari si Abang cam nak rak....but he s not here and not there, matiklah aku! kalo laki aku tau ni, mmg nahas lah.......... so, akak campak semua barang, and ran here ran there upside down bagai carik si Abang. i finally found him kat somewhere which memang tersangatlah jauh dari tempat akak terakhir nampak dia. my godness! bila laki akak mai, akak buat donno je lah, seperti takdak apa terjadi, padahal dada jantung aku dah berdegup2 nauzubillah dia mana tau. pretending everything is ok je infront of him. and that secret is still keep in my pocket....tak sanggup akak nak kabo heh........



Rahsia Berhubung Soal Maruah

Ustaz Ahmad Sonhaji di dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa "wanita yang memelihara kehormatan diri semasa ketiadaan suaminya" (di rumah) itu maksudnya:

a. Isteri tidak berlaku curang terhadap suami.
b. Tidak mencari hiburan di luar rumah.
c. Tidak menduakan suami.
d. Memelihara rahsia rumah tangga suami jangan sampai diketahui orang.
e. Memelihara harta benda suami jangan sampai hilang.


My Status - i may see my ex-es. may be? well...it s definitely a secret in our marriage life. though the meeting is more to a casual meeting kan? let s think further....if he does find out that i m meeting my exes, apa perasaannya sebagai suami. it goes to me back, how do i feel if he meets his ex girlfriend whom i anti the most. people could say, past is past...current situation, u both have committed so what s wrong by meeting the exes....? kita berbalik pada ketentuan Tuhan, apa2 boleh terjadi setelah 2 hati lama bertemu kembali, and later if he gets to know pulak, a big fight pecah pinggan tarik rambut tendang terajang - who knows what might happen? mulut tu pandai2 lah tapis dari kita pepandai nak membuka pekung di dada....


ribut yang melanda, menghapuskan semua kemanisan semalam...
ina naim



Rahsia Berhubung Nafkah


Di dalam tafsir Al-Azhar karya Prof. Dr. Hamka diterangkan, "Para ulama memperluaskan lagi, bukan sahaja menyimpan rahsia hubungan suami isteri di bilik peraduan, bahkan juga kekayaan dan kesanggupan suami dalam memberikan nafkah harta benda, hendaklah dirahsiakan juga. Jangan dikeluhkan kepada orang lain jika terdapat kekurangan."



Permasalahan dalam soal sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya. Cari jalan dan amalkan sikap berpakat. Jangan membuat tindakan dan keputusan yang merugikan baik pada diri sendiri ataupun pada anak-anak. Jangan sampai masalah yang belum diikhtiarkan penyelesaiannya pun telah menjadi bualan, umpatan orang. Lalu rahsia rumah tangga kita malah seluruh kehidupan kita goyah dan senget.



Suami memang wajib memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan. Jangan dia dicop sebagai suami yang bakhil dan kedekut. Dan jangan pula terlalu boros dan bermewahan.



Orang yang terbatas rezekinya digolongkan sebagai orang yang tidak mampu. Pun begitu dia wajib juga memberikan nafkah menurut keterbatasannya itu. Allah tidak akan memaksa seseorang melainkan sekadar apa yang dia mampu. Nasib orang di dunia ini tidak sama. Ada kaya, miskin, mampu atau kekurangan namun makan minum disediakan Tuhan juga. Kefahaman dan kesedaran ini harus disimpan kemas di dalam dada sebagai rahsia bersama.



Banyak sudah rumah tangga yang kucar-kacir dan berantakan yang disebabkan oleh suami atau isteri tidak pandai menjaga rahsia diri sendiri mahupun rahsia rumah tangga mereka. Berlaku juga keadaan di mana ada perkara yang tak patut menjadi rahsia, dirahsiakan. Sebaliknya pula sesuatu perkara yang sepatutnya menjadi rahsia, tidak pula dirahsiakan malah dijaja dan tersebar merata.



My Desire - life akak is as easy as everyone could see, but i rather keep some of it without my partner's information, rather not for him to knowlah. there are times, i spent lots of my money for shopping, i keep it as a secret. eventhough it s from my pocket money, but i would prefer for him not to 'amik tau' on where my money goes to. one thing about him, he doesnt know which one is a new shoes or a new skirt of mine coz he knows he cant track those items of mine.




Cinta adalah tunas pesona jiwa dan jika tunas ini tidak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad....
kahlil gibran





Sometimes, in a few cases he doesn't need to know that I have a pride, action, status, desire and dignity - he s not supposed to.




i would like to advise everyone, please do not keep a secret between u and your partner, do not put a distance in the relationship. telling the truth is more educated rather than u keep it inside or telling other people behind his back. this advise also apply to akak as well. let s be a ONE rather than u be TWO. u got me!



**************************************************************



Furthermore, akak sencirely take this opportunity, to thank Lea the organizer yang dah berhempas pulas dar alor star ke kl, dr kl ke alor star for making a BI as a great stage for everyone. a very thankful and touch memory for Mal, Ejat, Nadh, BC, DBI, Sam, Isis, Y, Ujang, Affy and Izzu for being a great good bloggers. my greatest thanks for the juries Volks, Belle, FB, Abang Tepak, 5thE and Nizam and i may miss some of the juries names for being a great judges/juries, for spending your time reading my assignments, for the advises etcs. i adore it and take it as an appreication. to the readers and voters out there, please keep on dropping by and hit this blog also to vote akak every thursday 12noon till sunday 12noon in Bloggers Idol 2006.




i just feel like, i need to thank everyone....





9 comments:

Red Mummy said...

Frens and readers,

Those 5 things hanyalah rekaan semata-mata. I don?t have any secret or gab between me and my husband. He in fact helps me out by giving the ideas of this assignment.

1. I did hit something while driving his car, but I immediately told him, he would never scold me.

2. we went for shopping, and yeap..we were once, hilang abang while doing our shopping, so it s generally our mistake.

3. no ex-es lah?.he knows me.

4. he s a good chess player than me lah, I must say he can mate me while im surviving my king.

5. he knows my shopping thingy, I love to update him everything, whatever I bought, he will be the first person to know coz at the end of the day, I need his money too.


To those yang kenal me and my husband?pls don?t take it too personal, it s apart of my assignment.

To my sir man, good luck for your ?thing? today.

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

this time around ur entry nail everything taboo about how a relationship between husband & wife is about!!!! kudos makmerah on the fine research about rahsia suatu perhubungan. to the juries .. yg ini xder p&c yg kene godek maner2 .. just some common sense & trail tabulation of a relationship should be ... lagi skali tahniah ...

Archmal Gustov said...

gambow kawen... zmaan mude katanya.... huak huak hauk... gelak guling guling...


ni baca panduan rahsia kebahagian rumahtangga ke hapa nie...???


gggggggggggggoooooooooooooooooo rrrrrreeeeeeeeeddddmmmmmuuuuuuuuummmmmmmmmyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!

DBI said...

aku setuju ngan archmal...
panduan keharmonian rumah tangga ni...
so kak red..simpan ni bebaik..manalah tahu nak menulis buku pulak nanti...
good joblah...

Unknown said...

Love you quoting ayat ayat al Quran dan cerita di zaman rasulullah tu. Memang eloklah menjadi panduan kita semua,kan?

Hmm.... anyway good luck u ols!

lelaki melayu said...

huks...huks..huks..
batok lah..

Kelomok said...

Aku rasa mcm baca buku petua rumah tangga leyy..*matiker aku??

Red Mummy said...

ash - i notice that u follow up the BI since the day one lagi, thank you for yr support.

mal - ko kan berlaki, ha take it as a reference ok. nyah, gambo tu nak tunjuk le mek dulu kurus nyah! coiii

dbi - nak tulis buku tu idak le teman kuasa, i prefer to write poems or pantuns rather than this kind of articles. anw, kalo agak2 hang bergolak ngan bini hang, hah mai refer kat sini nok

lee - thanks for dropping by again.

ko napa jat? isap rokok bebanyak lagi...

y - baju akak dah dpt, nnt kita jumpa weekend ni ok. mek nak lip lap lip lap nyahh

Anonymous said...

wow...good job kak red..boleh buat satu buku..sape tahu..one day kan..heheh..x tahu nak komen ape..just nak cakap BIUNDI kak red