Wednesday, September 20, 2006

8th Week Assignments For Bloggers Idol 2006


"BI2006 - Week 8 Assignment :
Wajarkah KICKBOXING dijadikan senaman harian selain dari persediaan keselamatan diri bagi kaum wanita?"


************************************************



Satu kisah di bulan Julai 2005.

Opis akak kat KLCC, parking kat bawah nun. satu hari, akak balik lambat, after 9pm baru keluar opis. jalan lenggang kangkung ala tipah bawak gayung - camne tipah bawak gayung ek? hihihihihi.

so bila nak sampai2 kat kereta akak, akak cepat2 tit-tit alarm and masuk lam keter, tutup pintu kereta and terus start engine.

blah...balik umah.

aik...x de apa2 pun kan?

pusing pintasan masa semula....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




masa akak lam kereta pas akak start engine, and reversing, ada sorang lelaki badan kering-kering, pakai topi lalu pi kat satu kereta ni, dan rupanya akak akan menyaksikan satu aksi yang tidak disangka2 berlaku di mata akak.


seorang wanita yang sedang membuka pintu kereta nya, telah ditakik tengkuknya oleh si lelaki kering. akak terpaku. tapi yang paling akak taksub bila melihat wanita itu tidak mengalah. takikan lelaki kering tidak mengegarkan semangat wanita itu. dia kemudiannya mengeluarkan peluru2 berpandu ala kickboxing, judo, silat gayung dan segala jenis concept pertahanan diri ke atas lelaki kering itu.


yang mampu akak buat hanya menekan honk selama mungkin. tidak sampai few minutes, security datang dan akak ngan masih lagi dalam keadaan muka terkejut, menunjuk arah si polan 2 orang itu.


lelaki kering - dah tersungkur rebah (cubaan untuk merompak dan mungkin jugak merogol)

wanita manis - tegak perkasa


Untung wanita itu, dia mempunyai kepakaran bermain dengan tangan kaki dan mata hatinya untuk menumpaskan lawan di saat amat diperlukan. kalau jadi kat akak? kompem dia takik akak dah terus gol!


Itu pintasan masa setahun yang lalu.


Kerana selepas menyaksikan aksi takik menakik di depan mata akak sendiri, akak kemudiannya mendaftarkan diri di Pusat Kickboxing Center Martial Arts di Sri Hartamas and tak disangka, hari ini akak berpeluang untuk tell more about it in my own writings.



Sebenarnya, kelembutan itu ada dalam setiap martial arts, baik judo, kickboxing mahupun silat. Walaupun seni mempertahankan diri itu membabitkan kekuatan fizikal, malah, 'kelembutan' dalam kickboxing itu sendiri. Skil, teknik serta kesempurnaan dan bukannya kekuatan tenaga yang menjadi asas paling penting untuk berjaya dalam kickboxing. Sebagai contoh, dalam kelas kickboxing, kita akan belajar cara untuk tidak menggunakan kekuatan untuk mengatasi lawan yang lebih besar. Sebaliknya cukup dengan teknik-teknik yang mudah dipelajari.


Sesuatu yang menarik mengenai kickboxing ialah ia membentuk jati diri seseorang itu ke tahap maksimum dengan sentiasa dahagakan kesempurnaan, supaya dapat menyumbang sesuatu bernilai kepada dunia. Kickboxing pada akak bukan hanya melatih tubuh badan kita, tapi juga hati dan perasaan supaya sentiasa merendah diri. Sekarang seni mempelajari ini sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan sehari kita. Akak tak nak menjadi mangsa keadaan, akak mahu melawan sebelum ajal menjemput akak.


Akak sangat setuju menjadikan kickboxing sebagai senaman harian apatah lagi untuk perlindungan diri. Memang, pada mulanya akak agak kurang yakin, tapi perlahan-lahan keyakinan itu datang dengan sendiri selepas menghadiri kelas dan belajar beberapa teknik. Mula-mula kita memang malas tetapi setelah ada pengalaman melihat wanita itu diserang dan terselamat kerana kepantasannya, maka dari malas menjadi rajin, dari senaman menjadi hiburan juga.


Well, mula2 akak memang mengakui lebih mengenali seni mempertahankan diri seperti taekwondo dan karatedo melalui televisyen, dan dari abang sulong akak, he is one of the black belt of taekwondo holder, and abah akak is the good pesilat also tetapi kickboxing ini juga kemudiannya akak yakin amat berguna terutama oleh kaum hawa kerana kita sendiri berupaya mempelajari teknik menumbangkan lawan walaupun mengambil masa pembelajaran hanya tiga hari dan menghabiskan kira-kira enam jam.


Selain itu, ia juga dapat menambahkan kecergasan kerana dalam tempoh 40 minit, sebanyak 350 kalori dapat dibakar - good exercise kan? untuk yang beranak pinak macam akak memang amat mudah untuk dapat semula badan asal kerana ini juga satu senaman yang banyak memerlukan tenaga.Apapun yang penting bukan teknik gerakan yang digunakan, tapi hasilnya. Walaupun kita mungkin tidak boleh 100 peratus mengalahkan lawan, tapi dengan mempelajari kickboxing, sekurang-kurangnya wanita itu dapat mempertahankan diri dan mengelak dari terus diserang. Akak dapat meningkatkan juga mental and eye alertness sebab dah consider myself fit jugak hasil training-training yang dilakukan.


Wanita sentiasa berdepan dengan risiko tinggi. Baik ketika berada di tempat awam ataupun di tempat yang dianggap selamat, seperti di rumah sendiri. Bersenam cara kickboxing akan menyihatkan diri dan metabolisme badan kita pun selari dengan pemakanan. Berkickboxing bukan untuk niat mencari lawan tetapi sebagai pertahanan diri. Disamping itu juga kita dapat bergaul dengan wanita2 yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Dapatlah bersosial sambil berlatih kickboxing. Sekarang ni pun adalah satu craze phenomenon jugak untuk belajar kickboxing as many female artists yang belajar kickboxing ni macam Umie Aida, dan Tini 3R.


Definitions of KICKBOXING:

An athletic workout consisting of shadow boxing, heavy bag work, and strength and conditioning drills. This class focuses on using the upper body for a variety of punches and lover body for kicks. Boxing gloves and wrist wraps are provided. Kickboxing is a martial art which was made for beating Muay Thai by Japanese boxing promotor Osamu Noguchi in 1950. Opponents are allowed to hit each other with fists and feet, hitting above the hip. Using elbows or knees is forbidden and the use of the shins is seldom allowed (except in Thai boxing, where the knee is also allowed).


Semasa menjalani latihan, akak beraksi dalam kickboxing perlu memakai sarung tangan dengan cara tumbukan gaya bebas. Selain dari itu, setelah 2 bulan menjalani latihan akak dibenarkan untuk memecahkan papan untuk melihat ketangkasan dan ketajaman akak sepanjang latihan berjalan. Alhamdulillah..akak sukses. walaupun sedikit pencapaiannya, tetapi hasilnya sudah akak rasakan.


Kelebihan mempelajari kickboxing ialah dapat meningkatkan stamina serta disipilin, Menerusi sukan ini juga kita dapat tahu teknik sepakan dan tendangan yang betul. Tanpa teknik yang betul akan mencederakan diri sendiri. So jadi, kalaupun akak tak gunakan konsep teknik kickboxing yang betul juga akan menyebabkan akak tercedera tersembam ke bumi. Semasa menjalani latihan juga, akak diajar bahawa kickboxing bukan mengambil kira kekuatan sebaliknya cuba meminimakan tenaga yang dikeluarkan berdasarkan teknik yang betul. kickboxing adalah satu sukan mempertahankan diri yang unik. It s not using semua anggota badan, tetapi cara pergerakannya agak berbeza berbanding seni silat dan sangat menarik.


Latihan ini biasanya akak jalani pada waktu malam sejurus selepas habis waktu bekerja, dan mengambil masa 2 kali seminggu. Kini telah 6 bulan berlalu, akak sudah tidak lagi hadir menyambung latihan kerana akak rasakan cukup dengan pendidikan dan latihan yang Sifu akak berikan selama ini. Satu lagi sebab kenapa akak suka memilih kickboxing sebagai senaman kerana ia adalah 2 perkara menguntungkan, senaman dan sebagai martial art, kerana akak tak minat pergi ke gimnasium atau bersukan.

btw, senaman kickboxing bukan bermakna anda perlu berada di gym, juga boleh dilakukan di rumah, dalam situasi yang ringan. mudah bukan? suami akak juga pernah akak jadikan model untuk akak memantapkan lagi skill kickboxing akak.



Cuba-cubalah.



If u are interested to join akak, to share my experience, akak boleh introducekan ngan Sifu akak. Or kalau nak akak taikokan u, ajar a little bit pasal kickboxing yang akak dah belajar ni pun boleh jugak. Till then.







Apabila musuh datang, sambutlah dia. Apabila dia tewas, tunjukkanlah dia jalan keluar

11 comments:

Red Mummy said...

yeyeye....

short entry kan? i managed to make it short! gamaknye le kot?

:(

Archmal Gustov said...

short katanya...yes ...like always*ke* ...sebagai promoter rasmi REDMUMMY MANIA...dengan ini saya memulakan komen...

...mek sker mek smerr...

...short simple... tak melalut ..likue always..


yang penting...akak ku seorang wanita perkasa*matilah mak pondan sasa-fiebie...pepet laa fiebie... mak jantan occay*


mmg tak nyesal membebankan diri sendiri dengan mempromote REDMUMMY ..


so, juries... kompom top 3 ni*matilah kompidensi* ada potensi leh menang ni...


voters..tunggu apo laie....


vote R to da E to da D to da M to da U to da M ... M.... Y.... gggooo RRREEEEEDDDMMMUUMMMMMMMMYYY!!!

NYESAL KALO TAK VOTE!!!

Ujang_MD said...

akak.. nice posting.. but terlalu bercerita dari olahan... good job gak.. nice tak jemu

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

hmm .. short entrykah ini?? rasa cam x panjg n x pendek jer .. matilah ko entry yg sederhana sajeee .. tpi maintain gaya bahasa yg di punyai oleh makmerah. cuma makmerah saje yg bole bercerita ala-ala sorg tok dalang n mengajak pembacanyer berfikir tentang topic yg di bawa pada minggu ini. anyway gud luck n definately my vote is on u.

Anonymous said...

Perfect!

Kelomok said...

Huhuhhu..SYABBAS BETI..*matiker aku?? HAHAHAHA...Tak masuk TOP 3 tatau la..WAJIB OK!!..Dah sah2 aku vote punya..jgn nak leter plak nanti..la lala lalala

Kelomok said...

Huhuhhu..SYABBAS BETI..*matiker aku?? HAHAHAHA...Tak masuk TOP 3 tatau la..WAJIB OK!!..Dah sah2 aku vote punya..jgn nak leter plak nanti..la lala lalala

lelaki melayu said...

wah... pat nam kali aku baca entry nih.. suker...

Unknown said...

wow...best gak ur experience..entry ni tak panjang mcm akak buat before tis tapi sangat best....senang nak paham

Anonymous said...

cool...
lepas ni boleh buat flying kick macam eric cantona.. :)

Anonymous said...

Akak gudluck on next assignment. Saya tiap2 hari masuk sini cuma tak bg komen jer :D. Siap vote lagi untuk tiap2 assgnment