Wednesday, August 23, 2006

4th Week Assignments For Bloggers Idol 2006



Tetamu-tetamuku, BIUndi akak di sini ye...terima kasih.


Ibubapa penentu kerjaya dan masa depan anak² -
Perlukah amalan dahulu kala ini diteruskan? Atau, peluang harus diberikan kepada anak² untuk membuat keputusan memilih kerjaya serta mencorakkan masa depannya sendiri?"

*********************************************


Khusus untuk anak-anak Mummy, Abang and Gegirl: Jadilah kekasihku, pada angin api air dan tanah. Sejauh kembara kembang kepakmu, telah lama menembus kepekatan maya ini, dalam hadiratnya...Dan dari Surah At-Taghaabun, Ayat 15 - Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.



Ibubapa adalah pembimbing dan pencorak anak-anak. Walaupun tidak semua ibubapa mempunyai kekukuhan kewangan, tetapi kepercayaan mereka terhadap anak-anak dan mahu menjadikan anak-anak sebagai manusia berguna serta lebih berjaya dari mereka adalah merupakan impian setiap ibubapa. Bagaimanapun pada pendapat akak, amalan ibubapa yang menentukan kerjaya anak-anak akak tidak lagi boleh digunapakai. Sebagai seorang Ibu, biarlah kita bercakap dan bersantai diskusi perihal kerjaya anak-anak dari hati ke hati; inilah perasaan akak sebagai seorang Ibu yang sudah mempunyai anak.



Akak dan suami sebulat suara bersetuju untuk tidak menentukan kerjaya anak-anak kami, Abang dan Gegirl. Sebagaimana ibubapa akak juga tidak menentukan kerjaya akak sendiri. Kami diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih dan mencorakkan perjalanan hidup kami walaupun bimbingan mereka tetap ada supaya tidak tersasar dari jalan yang betul. Amalan dan contoh-contoh terbaik dari ibubapa akak, dipraktikkan pada anak-anak akak yang masih kecil yang pastinya akan membesar jua. Insyallah.



Walaupun sesetengah ibubapa yang dari old school thinking termasuklah ibubapa akak yang memberi kebebasan sewajarnya kepada anak-anak mereka, namun ada juga ibubapa yang amat memaksa dan mahukan anak-anak mengikuti kehendak mereka dalam menentukan halatuju anak-anak tersebut, bagaikan anak-anak mereka tidak mempunya keyakinan dan kepercayaan untuk menjadi berjaya sebagai diri sendiri. Kita lupakanlah amalan negative ini kerana akak lebih suka membincangkan sesuatu yang akan nampak positifnya iaitu dokonglah anak-anak itu dengan sifat dan warna mereka, insyallah warna itu akan mewangi seindah yang dihajati.


Parents should guide their kids in choosing the college but not choosing their course


Perancangan akak ialah sementara mereka kecil, segala pola perjalanan hidup mereka, akan akak tentukan sehingga mereka di peringkat sekolah menengah. Dari situ, apabila mereka sudah cenderung terhadap sesuatu, terutamanya dari segi akademik atau kreativiti maka mereka akan menyampaikan kepada kita dalam bentuk hobi, cita-cita dan minat masing-masing. Peluang kanak-kanak untuk berkembang maju bergantung kepada faktor persekitaran seperti kemudahan pembelajaran, galakan, pemakanan, peer pressure, sikap dan sebagainya. Walaupun begitu, akak masih seorang ibu yang bersifat possessive, akak tidak mahu anak-anak akak, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seni, baik nyanyian mahupun lakonan atau menjadi pemuzik. Jangan ditanya kenapa? Kerana itulah hak veto seorang ibu yang akak guna pakai kini.



Jika anak-anak akak akan menujukkan minat kepada sesuatu, akan akak dorongkan jalan untuk mereka dan bukan menghalangnya. So far, both of them masih kecil tetapi interests on those above yang akak tak suka itu memang tidak ada; harapan akak semoga berkekalan. Tetapi, perlu juga diingat, tidak semua anak-anak ini mendengar kata ibubapanya, ada yang terang-terang enggan menurut kata dan tidak mahu menjadikan nasihat pedoman yang telah ibubapa kita berikan. Mungkin pada usia 17 tahun, ibubapa melihat akademik si anak amat sesuai untuk menjadi seorang doctor, tetapi remaja di usia 17 tahun itu pula lebih gemar untuk menjadi seorang Model. Sudahnya, kata nasihat ibubapa diabaikan, dan setelah 10 tahun menjadi Model, si anak mungkin merasa menyesal kerana tidak mendengar kata ibunya. Keberangkalian juga pasti terjadi, anak itukan manusia biasa, mereka bisa melakukan kesilapan dan kita harap kesilapan itu tidak berterusan.




Kids should be left free to choose their career. They get a lot of suggestions from their family, friends and others. It is natural for them to get confused as to which one to choose as there are a number of fields to explore. At this stage, the parents have to play a key role by advising their wards on the best. Anak-anak akak mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri dari sudut perwatakan tetapi sejarah membuktikan, ramai kanak-kanak yang tergolong dari kalangan orang yang tercicir daripada pelajaran tetapi kemudiannya berjaya menjadi manusia berguna. Contoh terdekat ialah pengasas Microsoft Corp. William (Bill) H. Gates. Beliau telah meninggalkan pembelajaran di Universiti Harvard semata-mata untuk membuka syarikat yang belum tentu berjaya. Bayangkan dunia IT anda sekarang sekiranya tiada perisian komputer Windows. Bermakna, individu boleh diasah potensinya untuk berjaya. Ramai percaya anak-anak mempunya kecerdasan akal (IQ) semata-mata bukanlah penentu kejayaan seseorang di dalam hidup tetapi penekanan diberi kepada emosi (EQ).



Ibubapa juga umpama guru atau pensyarah. Dalam sistem pendidikan Islam ternyata kewibawaan guru atau pensyarah amat ditekankan sehingga lahir peribahasa Melayu yang mengatakan: Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Dalam konteks ini, Imam al-Ghazali meletakkan kedudukan guru sebagai suri teladan kepada anak didiknya sehingga beliau pernah berkata: "...Sesungguhnya perumpamaan pembimbing dengan orang yang dibimbing bagaikan ukiran dengan tanah liat, atau bayangan dengan tongkat. Bagaimana mungkin tanah liat dapat diukir, dan bagaimana mungkin bayangan akan lurus sekiranya tongkat bengkok". Dalam maksudnya, tenung-tenungkan....... panjang-panjangkanlah...



Parents should first recognise and should help their wards in reflecting their inbuilt talents. They should act as a "steering wheel in a car rather than a driver itself". Depending upon their ward's field of interst, parents should guide them, mould them and try to make them a successful person in their career. There should not be any compulsion in implementing their dreams on their wards. It may then result in psychological problems.



kerjaya lurus atau bengkok si anak, kita yang mendokongnya....


Kejayaan anak-anak banyak ditentukan oleh pengaruh pendidikan yang boleh membentuk akhlak mulia atau sikap untuk maju ke hadapan. Setelah akak memberikan pendidikan dunia dan akhirat terpulanglah kepada anak-anak untuk mencorakkan masa hadapan mereka sendiri. Perjalanan hidup mereka biarlah ditentukan oleh mereka sendiri disamping mempunyai garis panduan, nasihat dan doa dari kami ibubapa dengan harapan agar jalan itu tidak terpesong semestinya.



Dan dari Surah Al-Kahfi, Ayat 46 - Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.



Lirik lagu ini amat menyentuk hati naluri akak, semenjak akak belum diijabkabul, berbadan dua dan kini beranak pinak, lagu ini tetap menjadi nyanyian dibibir akak. Ianya bukan sekadar lagu tetapi liriknya penuh dengan nasihat dan tauladan. Hayatilah nikmat pengertian lagu ini, bukan sahaja untuk anak-anak yang lahir dari rahimku, tetapi juga anda yang pastinya bergelar Anak dan kuasa Tuhan - anda juga akan memiliki anak.





Anak - Freddy Aguilar

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia


**************************************************************


Red Mummy berhak berada di tangga teratas, berhak diundi atas usahanya - bukan silap - tetapi sejarah juga telah terbukti, seorang ibu juga berhak mendapak haknya sepertimana anda melihat gigih dan teganya selama ini akak berkarya. Click sini pada hari Khamis 12 thari sehingga Ahad 12 thari untuk terus mengundi Red Mummy. Terima kasih di daunan keladi.



7 comments:

lelaki melayu said...

Waaahhh! font besau lak.. tak yah lah aku pakai spek lagik.. terang dan jelas..

Archmal Gustov said...

'tuhan yang esa ampuni dosa ibu. tempatk an mereka di antara kekasih kekasih MU...


ches ejat , ko tak do keje ke.. time keje layan blog... ingta jd org 1st komen....

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

sungguh tenang hati seorang ibu atau bapa bilamana mereka membaca pendapat redmummy kali ini. antara entry yang menusuk kalbu teringat lak den pada bonda n ayahanda di kampung sinun. keep up the good work redmummy!! dun let anything or anyone (perluker??) roadblocking ur path to success..

Anonymous said...

Untung Abang & gegirl dapat ibu yang very supportive. :)

Nice song too. Hmmm...

Good luck Kak Red~ :D

Rush Murad said...

RedMom - firstly... rasa terharu sesangat baca entry ni, nampak sangat tulisan dari seorang wanita bergelar ibu. Flow jalan cerita ni tenang, mudah absorb dan senang nak digest. Tak banyak 'isi' yang tidak perlu kat dalam ni. Ianya lebih kepada luahan hati dan pendapat serta pandangan seorang bergelar ibu. Antara tugasan yang terbaik dalam BI06 minggu ini. Tahniah!!!!!!!!!!

Unknown said...

Emmm kenapa yek ramai mak bapak tak suka anak anak jadi orang seni?? Tu ler, if i were to have my own way, mmg nak sangat masuk jadi dancer gittew tapi masalahnya tak sevass doktor, engineer tu semua kan?

I like this especially from kacamata seorang ibu :)

Good luck u ols!

Unknown said...

sedey nye bace entry mak merah...luahan hai seorang ibu..susah kan jadi ibu..ni one of u best entry..good luck mak merah,gurlgurl,abg and ehem2..