Tuesday, August 29, 2006

Warisan




Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayukan gagah di nusantara (3x)



pernah dengar lagu ni? macam lagu patriotik ada, lagu lama pun ye.... masa akak mula2 dengar lagu ni i think when i was so so very young dulu. masa tu kat sekolah akak one of the aktivis teater, lagu ni lah kena nyanyi.

kdg2 sambil2 dok ngan anak2 akak, akak x kan nyanyi lagu siti, selain lagu wajib Twinkle2 little star and Barney, akak suka lagu ni. saja akak letak lagu ni lam entry kali ni, sbb kita pun nak go for the 49th merdeka.

sapa x tau camne nak nyanyi, tepon akak, meh akak ajar lagunye...

btw, ramai tepon akak arini coz akak seems to be so quiet lak arini, memang, akak terlampau sgt bz kat opis, sampai x lunch. kawan akak datang nak lunch ngan akak dpt num teh tarik je coz akak kena panggil naik opis semula - hangguk tol. sorry lah Rul, terpaksa halau ko balik, mak bz nyah! kol 7 lebih akak kuor dr opis while walking to parking akak terus singgah burger king makan sorang2 sambil baca urtv (x naik harga lah urtv). dah kenyang, terus balik redah minor jem kat jln tun razak.

penat dik...keje opis hentak segala otak, kat umah lagi - tapi x leh merungut lah kan, semua ni ibadah dan pahala.

masa untuk berehat sebentar...

7 comments:

Kelomok said...

Overla..sapa yg tatau nyanyi lagu tuh..err sila fahami isi kandung lagu tersebut yer..*matila aku feeling2 cikgu.haha

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

va va va va va .. entri patriotik kali ni..kitorang mainlagu ni masa lam akabina jer .. sblm tue x penah dgr pun.. jaman2 masa kecik dolu kalu asiklah dengar dio ker .. iron maiden ker - rock ouuuu !! ..lagu2 cam ni kasik kat mat2 n minah2 belia jer .. cuma skarang nie jer dh layan semua jenis lagu termasukla lagu2 cam anak kecil ni.. makmerah lagu allahyarham sudir tentang kemerdekaan tue satu!!!

Archmal Gustov said...

wwwaaaa..... cayalah akak!!1 mek sker sgt lagu nie... masa skolah dulu ai nyanyi tau...koir skolah lagik!1 heip koir ok!! wakil daerah yek!!!matilah sora bes katanya....ttp slalu over feeling soprano!!


tapi... bila dah tua bangka nie kan...*nanges*ingta masa kat uni dulu g btn... nyanyi gak...matilah jd komander utk lagu ne... la la la la la la la...


p/s:sapa tatau lagu ni tak yah dok malaysia... brambos ko g duk israel!!!!


salam merdeka dariku untuk semua....

bRed said...

budak MRSM mesti tahu lagu nie.. tapi sebenarnya lagu nie... underground sikit...

tak silap saya .. ini adalah lagu MARA...

cuba telami maksud liriknya...

"bumi dipijak milik orang" >> what was our is now somebody else...

next verse.. tells the story, dulu kita kaya n kuat tapi sebab tak reti nak tolong kawan tapi sebab hasad dengki and jealousy... in the end kita pulak yg tak berharta..

basically motif lagu nie nak bagitahu...

"woit melayu bangang! Ko bila nak sedar? Bila ko nak berenti berperangai macam hanjeng? Ko kira nak biar orang cina je yg kaya raya? Ko kira ko o.k. je la dengan seberapa yang ko ada? Ko nak tunggu pulak orang india jadi maju ? Ko nak biarkanje Samy Vellu tu bermaharajalela? Bila ko nak sedar? Ko nak salahkan siapa? Ko yang menyebabkan diri ko sendiri tu sedeh! Ko ingat ko hidup 100 tahun? ko ingat ko boleh pertahankan special privileges ko tu selama nya? Ko bila nak sedar? Ko tu bila2 masa je boleh jadi macam Iraq? Macam Bosnia? Ko bila nak majukan diri sendiri? Ko sampai bila nak tunggu disuap? Ko hengat politikus tu nak pertahankan hak ko? Ko tu bangang! Diaorang tu macam ko juga. Kalau ko tak maju apa yang buat ko rasa dia tu maju? Kalau ko bila bila masa je boleh dengki dengan orang sampai ko tikam dia dari belakang.. ko rela bagi kat org cina rezeki janji ko lagi kaya dari dia... ko tahu dia boleh buat tapi ko tak nak bagi kat orang melayu kalau ko tak dapat share.. Kalau ko tu sendiri memang lakhanat... apa yang ko rasa politikus tu berbeza? Kan Khairy tu tiga tahun lepas budak hingusan kat tepi jalan yg bawa kereta macam orang gila. Kan dua tahun lepas dia kalau ko bertembung ngan dia, mesti ko maki juga. Apa yang buat ko fikir, sebab dia kawin dengan pompuan yg anak Pak Lah, tiba tiba je dia sungguh berwawasan. Tiba2 je dia berkepimpinan? Tiba2 je dia tahu apa yg bagus untuk negara nie? Tiba2 je dia jadi supermelayuman yang tak akan bagi pemuda pemudi hanyut. Kalau ko tahu dia orang tu pon sama lakhanat dengan ko. Knape ko tak nak bersuara? kenapa ko asyik nak ikut je? asyik pak turut je? Asyik nak naik berang je? Itulah. Ko tak nak pilih orang. ko nak pilih parti je.. ambik ko! ko yang berak kat lantai.. ko ingat ada orang lain nak tolong kutipkan..

Woit orang melayu.. ko majukan la diri sendiri.. yang ko asyik tunjuk2 kat taik kat lantai tu buat apa.. yg ko asyik tunggu orang lain nak selesaikan masalah ko buat apa? ko angkat je la taik tu and buang. memang la susah. memang la sedeh. memang la busuk. Tapi kalau kita orang melayu tak nak improve diri sendiri, kalau kita tak nak tengok apa kekurangan di diri sendir... ko sambut merdeka 500 kali macam nak rak, tak pun ko tampal bendera kat keta sampai nak buka pintu pon kena pakai tali pon tak ada guna.

ko ingat tu patriotik? Simple je patriotik. Kalau ko rasa benda tu bagus tu negara nie. Ko cuba la apa yang boleh untuk jadikan benda tu realiti. Kalau ko rasa benda tu tak bagus untuk negara nie.. bersuara la sikit.. Tu je,.. Tak kesah la kalau ko nak negara nie jadi negara islam fanatic ke, jadi negara secular liberal ke. Janji ko ada wawasan untuk negara nie... itu patriotic. Of course ko kena faham la, majority tu yang akan decide.. jgn la ko nak merajuk la..

itu aku punyer definition of patriotism. Basically find the courage to uphold what you believe in. I do not believe in living in the past. I will learn as much from it but I hold myself forever the option to change into something else. I choose that we change into a liberal society. Where there are conflict and clashes between the conservative muslims who laments the downfall of society and who i hope would work harder at reaching out to these futureless youths who only wallow in sex, crime and illucidity. While the modern liberal malays, so proud of our openess and so proud to be proponents of whatever modern ideology that sufaces that we force those same conservatives to put more effort. both spritual wise and material wise.

ironically, I believe that with more conflict we can grow stronger as a race. I wish that more of us degenerate malays who don't value tradition and are a disgrace to society to come forth and be more vocal. For all those who dont fit the mould of your typical Malay to be a shinig example of the alternatives. I really believe that by pushing my right to be as degenerate as I want to be and as different a malay that I want to be. The whole race would actually grow into a better race.

Unfortunately, this is work that would last for decades. I probably would not be able to live liberally in Malaysia as a Malay and not be scorned.

lol akak red sorry la i hijack ur blog. tiba tiba je I terasa berapi api.. teringat gak nak tulis kat blog sendiri tapi takut hangat sanget la plak.. controversial nie..

Red Mummy said...

mang hai husz.....lately ni akak dah jarang nak letak komen pas entry akak, biarkan korang2 je bg komen...but this is so good my dear.

husz, i might be publishing yr komen yg penuh patriotik berapi2 ni kat entry akak itupun kalo husz izinkan ye...permission pls?

huiihh..serius ni, sungguh memancar api husz.

bRed said...

tapi kak... controversial tu... hehehe hussin sampai ader terpikir lak nak delete comment tu..

tapi takpe.. kalau tak berani mati mesti tak maju... hussin izinkan =)

nanti hussin lak yang link balik kat blog hussin... kelako kan? motif x post kat blog sendiri?

Red Mummy said...

husz..thanks for the permission.

u might be seeing yr komen in one of my entry...watch out soon ok!

arap2 ada lam BI's assignment!!