Wednesday, August 16, 2006

3rd Week Assignments For Bloggers Idol 2006



Sudi-sudilah membantu akak, undi akak Red Mummy -
click sini


Can a man love two women at the same time? And vice versa; Can a women love two man at same time?

***********************************************************************




Dalam kisah ada cerita, dalam cerita ada dialognya ...



Seorang yang akak kenali, seorang lelaki, seorang yang sederhana, tidak mewah dan tidak susah - Mukhsin namanya. sewaktu akak mengenalinya bertahun2 yang lampau, Mukhsin mempunyai peribadi yang amat disenangi semua orang. Bagai jodoh telah tersurat, Mukhsin membina rumahtangga bersama Mona juga seorang yang bersederhana. Both of them have been married for 7 years, been in love and known as a romantic couple to everyone out there. From the marriage, they are having 1 kid. Everything looks perfect till one day one time....


Mukhsin who regularly meet people, one day bumped into a minor accident kat Jalan Klang Lama. A young lady yang dikenali as Maya. Dari accident turun bicara, dari bicara turun ke hati dan hati pun mulalah berputik.


But kadang2 hati kita ini, bukan kita yang menentukan suka dukanya...Mukhsin jatuh cinta dengan Maya - yang sebenarnya bukan isteri orang. Walaupun Mukhsin mencintai Mona sepenuh hatinya, tetapi sejak beberapa bulan yang beransur, Mukhsin mula mengakui yang cintanya kepada Maya juga sama tarafnya kepada isterinya. Pun begitu, tidak pada Maya dan cinta Mukhsin bukanlah untuk diterima dan semestinya ditolak.


Mukhsin seorang yang sudah punya isteri - menyintai wanita lain - dua cinta di hatinya.


Maya telah mula menyukai Mukhsin dan mungkinkah menyintai?- kerana hatinya sudah dimiliki, bukan rahsia tetapi milik kekasih hati, Murtaza yang telah lama dikenali. Mestikah Maya menerima cinta Mukhsin dan meneruskan jua cintanya pada kekasih hatinya?


Dari Jasin daun selasih

Bawa doa buat sepadan
sayang Mukhsin berharap kasih
dua nyawa jadi sempadan


Galak dia mencari loka
Tepi Lumut angin berlalu
sedang Maya dua jejaka
bagai surut luka sembilu


*************************************************************

Mencintai dua wanita pada masa yang sama untuk Mukhsin adalah sesuatu yang tidak pernah dijangka-jangka akan berlaku pada hidup Mukhsin. Sejarah pernah berkata Mukhsin antara ratusan jutaan pria yang boleh berlaku adil terhadap 2 cintanya. Cinta Mukhsin sejujurnya amat ikhlas baik pada isterinya mahupun Maya. Mukhsin pasti bisa berlaku adil baik dari segi lahiriah mahupun zahiriah. Mukhsin yakin walau setinggi mana dan utuhnya cintanya pada Maya, ia tetap tidak akan merobah cinta azalinya pada Mona. Lelaki seperti Mukhsin, mungkin benar juga yang cinta-cintanya ini akan mewangikan lagi jejak2 hidupnya, sedangkan Nabi sendiri memiliki ramai wanita yang dicintai walaupun pada satu-satu masa yang sama, inikan pulak Mukhsin, pastinya kasih sayangnya tidak akan berganjak.



Kekukuhan kewangan Mukhsin juga menjadi daya penyebab untuk Mukhsin memiliki wanita lain. Mukhsin layak untuk mencintai wanita lain selain Mona kerana beliau tidak perlu risau untuk memberikan nafkah kepada isteri2nya - perlu diingat, cinta tidak mengenal usia dan siapa asal pencinta itu saling menyintai. Pada Mukhsin, haknya sebagai lelaki untuk menyintai lebih dari seorang wanita adalah telus, dan dia berhak meneruskan percintaan 3 hati ini.


dari surah an nisaa ayat ke 3 - Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.



Tidak mustahil adil bagi seorang lelaki untuk memiliki dan menyintai dua wanita pada masa yang sama - seorang lelaki punya hati yang keras, makanya tidak hairan jika sang lelaki rela dirinya dibahagi dua dan disayangi. Pun Mona dalam keadaan terpaksa, akan tetap cuba menerima Maya, dan Maya walaupun tidak seperti Adik Siti yang merampas kebahagiaan orang lain, akan tetap menjadi madunya - bukankah ini dinamakan 'Lelaki Boleh Menyintai Dua Wanita Dalam Waktu Yang Sama'.



Tetapi sejarah juga akan bergolak kepada Mukhsin andaikata cintanya pada Mona adalah tulus tetapi kepada Maya hanya untuk nafsu dan seks semata. Bukankah telah kita ketahui, setelah bertahun2 walau kuatmana sekalipun cinta zawiyah kepada khalid, hingga bertemu kekasih muda yang baru bergetah - inilah nafsu seorang lelaki. Dalam Islam juga telah berkata, biarlah kita memiliki cinta yang satu lagi itu kerana ikhlas kerana ingin membantu...andai nafsu juga menjadi tunjangan, maka akan cepatlah putus pertalian itu.


Maya - selembut namanya, menyintai Murtaza si bakal tunang tetapi dalam masa yang sama turut menaruh hati pada Mukhsin. akan tetapi, kerana cepat sedar dan tidak lupa dirinya, Maya menolak cinta Mukhsin. Pada Maya, cintanya hanya satu untuk dimiliki bukan untuk dikongsi-kongsi dan dibahagi dua. Tidak mungkin dia menggadai kasih sayang Murtaza dan dalam masa yang sama juga turut menjadikan cinta Mukhsin sebagai taruhan. Maya tetap dengan pendapatnya, satu hatinya untuk satu lelaki bukan untuk 2 lelaki.



Andai Maya ingin mempermainkan Mukhsin, dengan memberi cinta palsunya kemudian menggunakan kasih sayang Mukhsin untuk mengikis harta Mukhsin, pastu jua boleh dilakukan tetapi Maya enggan. Berbalik kepada soal pokok, wanita tidak mudah memberi kasih sayangnya kepada dua lelaki - puratanya amat sukar untuk kita dapati, sekiranya ada jua....keperatusan untuk kekal lama antara keduanya juga amat tipis. Mana mungkin kita berbohong pada orang pada lelaki yang kita sayangi dan cintai semata-mata untuk mementingkan perasaan Mukhsin untuk memilikanya.


Sebenarnya, saja akak rangkumkan satu cerita kepada 2 isu. Motifnya tetap sama, hujung ceritanya juga sama, pada akak lelaki jarang mempunyai hati yang tulus untuk seorang wanita. andai seorang wanita telah berjaya menggugat hatinya, walau sebaik manapun sang isteri, walau sejujur manapun seorang kekasih tetap akan diganti dua oleh sang lelaki. Memiliki 2 wanita bagi seorang lelaki adalah - ego, berlagak dan menunjuk! Mungkin telahan akak agak melampau tetapi mungkinkah juga di dalam 10 orang lelaki tulen, hanya 3 sahaja yang jujur? The possibilities are very high.



Sedang wanita memiliki seorang lelaki dengan penuh keikhlasan dan kesetiaan adalah - dikagumi. Memiliki dan menyintai dua lelaki adalah dosa bagi seorang wanita, pastinya dicerca apatah lagi jika wanita itu mempunyai status seperti akak ini. Kalau anak dara yang sudah tentu belum berlaki, mungkin mudah perjalanannya but dimanakah letak integirity hidupnya sebagai seorang yang harusnya memiliki satu antara 2. Berlakulah adil andai sudah ingin disayangi, hukum alam ada berkata - what goes around comes around. Hari ini andai kita mempermainkan hati orang yang mulia yang menjaga dan menyayangi kita, maka akan ada juga hati yang terluka atau kita sendiri yang akan sengsara.


Kesudahan kisah Mukhsin, Mona, Maya dan Murtaza - untuk sama-sama kita fikirkan. Ada dua sahaja kemungkinan, Maya meninggalkan Murtaza dan hidup berkongsi cinta bersama Mona yakni Mukhsin memiliki 2 cinta yang dikejarnya ataupun mungkin Maya meneruskan kasih cintanya bersama Murtaza tetapi dalam masa yang sama menyemai benih kasih sayang yang tidak tahu bila berpenghujung bersama Mukhsin. Pilihlah pilihan anda....


Di dunia realiti, mereka sudah bertemu penghujungnya - anda fikirkan.


There is more than one person for each of us so the answer is sort of yes. But the real point is, the kind of love you want is one that is focused on you. I could love more than one person but I wouldn't want to. How complicated and unhappy things could get that way. Loving only one person is a choice. It is the choice I would want my boyfriend/husband to make and it is the choice I will make every time I choose to be in love.


Some believes:
1. If you have enough money and time, you could love two or more girls at the same time ...
2. If you need more money, you could love two or more men at the same time...

Maya, Mukhsin dan Murtaza




Notakaki: Penulis tiada kaitan dengan cerita di atas, penulis juga tidak bertanggungjawab seandainya nama-nama samaran dan gambar mempunyai persamaan dengan pembaca. Jalan cerita tidak ditokok tambah. Terima kasih kepada Silent Contributor.


**************************************************************************


Selingan dari penaja Red Mummy yang dicopywrite dari manapun akak x tau, untuk hiburan semata. Amat bertepatan dengan konsep cerita tajuk kita hari ini..Kenang-kenangkan.




Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

11 Julai 2006 (eh sama bday ngan akak lah)

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.


Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?


Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.


Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.


Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki



Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?"


Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!





Seronok? Hiba? Ngeri? Taksub? Apapun yang anda fikirkan, lakukan tugas anda semolek pekerti - Undi Red Mummy di sini sebanyak mungkin. It takes 10 sec to do. Voting poll will start on Thursday 12noon till Sunday 12noon. Terima kasih semua.


11 comments:

sam zahri said...

x laratnye arinih. mcm penat. lalalala

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

hmm .. membicarakan persoalan tentang pehubungan antara lelaki/2 perempuan dan perempuan/2lelaki mmg antara soalan2 yg kerap ditanyakan di internet.. cuba google or yahoo search dan anda akan dpt jumpa pelbagai forum/pendapat specialist berkenaan soalan2 ini. bgi pendapat ash yg pernah melalui bibitbibit story yg lebekurang sama ngan maya lam criter kak red ini hanya ini yg dpat kusimpulkan .. jgn mudah terjebak hanya dgn muka cun n dahi yg licin .. tpikan ianya merupakan satu experience n adventure of a lifetime... so gals n guys kalau ada cinta itu semolekmoleknya let it fly..if it's come back to u dhen u knoes it's urs 2 keep .. keep dhat voting coming urs!!!

DBI said...

penat aku baca..panjang sangatlah k.red..pastu buat gaya macam dlm novel nizam zaakria je..nak bodek ker???oppps..lariii...

eVerYthInG SHASHAY @ ASH said...

tpikan kak red .. kenapa criter 4 dlm satu ni kan tak dijadikan bahan rujukan untuk filim prof atau 1 mil datuk?? as usual u hav a lot of ide n yet banyak penyampaian masih lagi perlu diperbaiki .. kudos .. jln cerita yg dari kisah benar mmg sesyuaiii utk dijadikan pedoman hidup!!!

Anonymous said...

beautiful. Pembugaran karektor yang meletop. Two in one, you ace the question. Emm, nasib baik juri kali ini bukan fiebie, tapi i am sure NZ will enjoy your entry as much as i did.

MELETOPPPPPPPPPPPppp!!!!

Anonymous said...

kak red, tahniah! u made it through!

nampaknya sumpahan akak pasal orang yang kata akak tidak ade entry yang tidak realistik, telah akak buktikan. This is a very marvellous and good entry. me like it.

Kasihan Mona.

Red Mummy said...

sam - sila bagi fakta berkaitan entry ye..cubit nak?

BC - kutukan dijadikan tauladan dan semangat, ingat pesan akak tu - carik entry Sesudah itu sebelum entry ni, pahami maksudnya

Ash - x semua muka cun and dahi licin berhati kilat dan legam contohnya akak ni, dahlah jelita, setia, berbudi molek pekerti...hak hak hak..ada sesapa nak muntah? sila keluar dr entry ye kalo nak muntah

DBI - panjang bukan omong kosong, fakta penuh and realistic ye...the moment i got the subject, i know i want this kind of storyboard, so it s not becoz of Nizam Z, he doesnt even know me. well yeas...if he loves this, alhamdulillah.

FB - im working hard, everyday is a new day n life for me, so i need a new movement on my writings, of cos.

The Silent - hey u again! thanks for dropping by anw, im not menyumpah, but i want to proof him that my entry is much better than the other party, of cos. i hv my own value as well..if he is trying again to being bias, lantaklah..i m not here to fulfill his needs, i m here to write, be myself and get great life.

to u all out there, thank you for being such a great Reader, and dont forget to vote me yeah.

Anonymous said...

wow mak merah...great entr..x bosan nak bace..nak nak tang yang surat tu..surat untuk hadek2 takde ke..muahahaha...Bi undi mak merah..

Unknown said...

RedMummy, waaahhh ni bagus ni punyer assignment nih.. nak nak surat rasmi untuk berpoligami ittew.

Bak kata Christina Aguilera dalam lagunya Cant Hold Us Down "If a guy have 3 girlz then he's the man.
He can even give her some head or sex her off
but if a girl do the same then shes a whore"

Kann??? like u ols said lah, dlm ramai ramai yg pasang dua tiga tuh, cuma berapa kerat ajelaa yang jujur kawin empat kerna sunnah??? **matilaa ayah Pin!!!!

RedMummy, ku hamparkan red carpet untuk mu :)

Good luck for this week!

Anonymous said...

kluar surau an nisaaa tu yg naik bulu roma beb.....

Anonymous said...

Hello Mummy Red,

I've read the first part ..panjang sangat tak larat nak baca..

Be honest I am in that situation I am married and he is married too but we are in love.

I guess sometimes Allah nak duga bermacam macam cara ..I tried to leave but I fail.

I guess your marriage life is new darling , we never know what is going to happen next .....