Saturday, February 24, 2007

Iklan


Hello world! Oh No, I dont like Mawi!!!

Hello Kak Red's readers!!! today is Saturday, Saturday got no Samarinda, Saturday got no Lost and Saturday even Sunday are resting days for everyone. So Sandra and Peter will take a break for these 2 days, back on stage on Monday - hikhikhik......

btw, cute tak the 2 little gifts for my fren's baby ni? This is for a new baby born and her name is Maira Aleesa. She wont be using it immediately lah, tu purposenya akak beli. i know ppl will usually give a present yang betul2 utk baru lahir nye, tp akak beli utk after few months nanti boleh pakai so the parents dont hv to think to get it one anymore.

anybody is carrying a baby right now?


today's badminton memang hancur! akak main 7 sets, semua kalah. yang paling tragis was the last set 15 berbalas kosong. if you want to play me, make sure akak nye pala ngah runsing, bila pala akak runsing, akak main cam poyo2 jer. Napa akak runsing?

Sibuk ko nak tau kan..coz while playing this, Boss akak jap2 tepon, jap2 aku kena layan dia jap2 aku sambung main jap2 aku kena layan call dia lagi, camne pala aku x runsing.

15 kosong..hishh!! malu malu!!!




gambar2 ni lak while we had our lunch at Coffeebean KLCC today - together wt Reita and Isis the hanak hekan belatuk pari akak....






teka teki hari ini, milik siapakah setiap kaki itu??




akak nak uji gak kebijaksaan korang.....




Thursday, February 22, 2007

Saddy Two...

im trying to tell you a very direct story. if u get Lost here (pekebende bukan Lost yang tu ye), u have to go back to the first episode over here. kalau x paham gak, no promises lah...nak melenggok banyak gaya, that s my problem.


Sandra and Peter - where should i start now.


let s try here. specially budak rusia tu, budak2 yang masih hingusan tidak perlu baca sampai abih citer ni - cerita ni untuk orang yang cepat 'tangkap'.


so Sandra yang amat benci meluat ngan Peter ni decided that we will hold the makan2 on Friday afternoon, means nanti Peter x leh join coz dia kena pi solat jumaat. busuk hati kan? but whatever lah...ko yg nak banje makan ko nye pasallah. kita ngikut je jadual. as everyone were looking forward for the makan2 thingy, during the day itself, Sandra suddenly called us up yang makan2 tu dibatalkan dan dipostpone ke hari lain - without any reasons.

and i was then headed up to my part time B & R (oi kat kelantan ada haagan daz ke? ko nak temberang akak kan? )

disinilah bermulanya segala penglipurlara. While i m working, someone from my school came at the counter and told me something that made me so so bloody piss off! (read that my schoolmate kat sini mmg bersepah2 kat kl, semua pusat tuition centre mostly are my buddies, so they just here and there to meydey2 everything for the latest info coz backyears, we DONT HAVE MOBILE AT ALL).

i know lots of my readers are from the otai ppl of this kl town.Kyrell?? u are rite? teringat akak kat kat Kotaraya, im sure Kotaraya masih ada lagi, but think full of indon and org2 filipino kan skang ni? kat atas tu ada satu tempat namanya Galactica. kalau x silap akak itulah namanya. it s a place for teenagers like us yang nak main roller blade tayar bulat 6 ketol. It s not like current roller blade yang lurus gitu ye. So those yang ponteng sekolah will then lepak here. Kat sini gak lah for those yang nak merendak berdating. There s another place like this kat Sg Wang, namanya Spinning Wheel kalau x salah ingatan tua akak ni lah. Those places dah takde, budak2 zaman skang kalau nak melanguk akak tak tau lah kat mana la ni? Panggung wayang cud be?

suka la nak mengimbas kenangan lampau kan?


the news begins wt one sentence.


Tukang Sampai: Hey Kak Red, Sandra is doing her makan2 right now, at 230pm kat kantin sekolah kita, ramai jemputan dia and guess what Peter has got the invitiation too.

Kak Red: I do not know about this at all (the tone has totally change at all)

I was truly sad or mbe mad. Sandra was not my best fren but she used to claim that I am her best fren ever till akhir nyawanya - so on gitu lah. I wanted to confrant her, what is going on - am I being kicked off for what reasons. I dont give a damn wt the makan2 anymore, but at this stage, kenapa akak diasingkan dari situation that i m supposed to be in?


I did then. The next Monday morning at school, akak tanya Sandra nicely.

Kak Red: You hate Peter, u are talking bad about Peter but u invited him and yet i was not been told bout the last minute plan.

Sandra: Alah sorrylah, aku saje2 tukar pikiran nak buat masa tu gak, pastu aku ajak gak lah Peter, saje je gak - tapi ko tau aku benci tollah Peter tu masa dia kat tpt makan2 tu tau, ko bayangkan lah bla bla yada ding dong ting tong prang preng - the mengumpat session begins by Sandra then.

Dalam hati akak rasa nak bagi penampar ajer kat Sandra ni. Apa punya bitch ni? Read the word bitch? because she s so zalim. And I suddenly kesian kat Peter, he doesnt know anything at all. Dia x tau that Sandra hates him so much.

Since then, i put a distance between me and Sandra. We dont go out for gang2 boom anymore. I tried not to hear anything from her mouth about Peter. Not that I like Peter etcs, but I do not want to be in the middle person lagi, if she can talk bad about Peter so does she can do it to me. Dont you think so. I just need to twist my finger to any of our frens, i will surely get it.



Anw, fyi - 11 taun in a primary and secondary school, akak x pernah ada record buruk in school. Tak pernah berpeluang utk ponteng sekolah secara haram. Kalau setakat ponteng and dok umah tu adalah jugak, coz when I was in form 5, akak banyak gak tuang coz akak penat kerja di siang hari gitu kan... but there s one case yang akak x boleh lupa. Masa akak in Form 2, akak berhajattttttttt sgt nak merasa ponteng sekolah. So akak menciloklah utk pertama kalinya, but bila balik umah, dari perjalanan tu dan dari kejauhan itu akak dah nampak Mak Hajah ni dah menunggu ngan muka masam seribu duka. matiklah aku kena birat kat kaki lagi ni. The first time akak ponteng sekolah telah terkantoi, and Mak Hajah itu adalah mak akak ler sapa laik....


Itulah kali pertama dan terakhir akak memonteng.



Dan kerana akak seorang yang suka meleret2 bercerita dan menceceh, izinkan lagi sambungannya pada esok hari. Sandra and Peter berehat utk sehari lagi....

Wednesday, February 21, 2007

Saddy one...



dahulu, sewaktu blog ini mula2 didirikan, tujuan utamanya ialah apabila sudah sampai masanya akak pergi menghadap ilahi, ada peninggalan untuk anak2 dan orang sekeliling mengenaliku. mahu meletakkan setiap saat cerita yang terjadi buat anak2 kecilku meneliti perjalanan ibunya. tujuan masih tetap sama, tapi nak meluahkan perasaan kat sini, rasa kecewa rasa sedih atas sesuatu mungkin agak sukar.


i said again, it s hard to tell u a story when someone or more than lots of ppl that i know of will know the 'details' that im talking about.


ada yang menyukarkan kan perjalanan blog ini, but probably, it s not nice for my kids to read as well - later.


satu cerita dahulu, many2 years ago.....rasanya di zaman persekolahan. waktu rambut akak perang sebab pakai hydrogen, ko tau apa menda tu? anak2 bandar yang rugged2 mesti tau menatang tu, hydrogen ni digunakan utk tempek kat luka, but kerana geng2 akak bukan dari anak tan sri dan datuk, so yang mampu kami beli ialah hydrogen ni which is less than 5 inggit. tempek kat rambut, tengok banyak mana yang ko nak simbah and banyak mana la ko nak kaler perang ko tu, and akak lak x geti2 nak letak sket..sekali hazab perang gila rambut akak, ngan panjang nya lagi.


along akak, yang punya kuasa ke atas adik2nya so much, punya naik hangin ngan aku. dia punya hangin lebih twister dari mak abah akak punya angin woo. eh apa yang aku nak relatekan sebenornya ye?


pasal dunia persekolahan akak dulu. akak ada sorang kawan ni, dia ni teramatlah terkenal ngan double facesnya. but aku tetap gak kawan nagn dia pasal dulu2 zaman ko sekolah ko double faces pun ko cakap belakang mana la berani nak confrant. zaman dah tua2 ni sapa ckp belakang, ngan orang2 tu aku tuju balik.


jadi kawan akak yang double faces ni akak namakan Sandra lah ye. so si Sandra ni very the tak suka ngan sorang mamat ni, kita namakan dia Peter lah yeah. dedua adalah melayu beragama islam yang saje aku omputihkan namanya. suka aku la kan?.....


meleret2 lagi..


so anw, setiap hari si Sandra ni asik memaki hamun Peter ni lah, yet Peter ni tak penah tau pun and takde sapa nak menjadi penyampai betapa dasyatnya si Sandra ni dah mengata2 dia. termasuk le akak, tidak berani nak menjadi dalang. keadaan berlarutan sepanjang tahun.


satu hari, Sandra ni ada lah duit lebih sikit so nak belanja lah kitaorg kat kantin sekolah. tapi Sandra busuk hati tak nak lah ajak si Peter ni bertandang sama. kita ramai2 ni dalam satu group so kalau ada makan kat kantin tu kang kantoi le pulak tau si Sandra buat and Peter will feel so so down lahkan. Akak and the gang pun ikut je lah pala hotak si Sandra ni. kita masa tu zaman2 remaja, nak dapat belanja makan ko hengat senang.


cakap pasal belanja makan ni, akak penah kena ketuk kaw kaw and paw2 dek seorang mamat ni masa akak tingkatan 5. masa tu lepas sekolah akak ada buat part time kat Baskin & Robbins. jadi korang kalau nak temberang ngan akak pasal ice cream, cara2 nak scoops, ingredients bagai, toksah harap. i m so much expert on that....so mamat tu datang waktu break kerja akak. dia ni baru habis tuition gitu kat Kasturi Tuition Centre, orang2 KL sure tau lah tpt ni. akak lak p/time kat panggung wayang Rex tu, apa dah jadi Rex tu skang ye?


jadi bila dia datang, dia ajak akak makan, kita pi lah makan nasi campo kat sebelah guardian tepi puduraya tu lah, depan panggung wayang Rex. dia amik macam2, aku pun amik macam2. tp aku nye macam2 x delah macam dia nye macam2. makan kat situ, mmg siksa poket sket lah, zaman ko budak2 ngan makan ada ayam udang segala ikan bagai. it s expensive yet im still a student wpun akak buat p/time. jadi bila time membayo tu, akak pun tunggu gak lah mamat ni bayau, tp dia buat bodoh jer. aik? so akak bayarlah, it s quite expensive for 2 of us, and i have to pay for someone yang memang berniat2 utk membuli akak. how sad! tu pasallah walaupun dah berbelas2 tahun kejadian ini berlalu, akak tetap ingat coz i should have not paid for it. i should pay for myself, dia punya dia bayar sendiri lah.


kan dah meleret2 lagi ni....


ada lagi cerita pasal bayar membayar ni, which haritu sirman brought the issue to me, when he knows a fren of mine was asking me out for lunch but at the end i have to pay for 2 of us.


cerita Sandra and Peter, akan bersambung esok hari.
cerita Sandra and Peter, adalah kesinambungan dari peristiwa lampau kepada hari ni.


esok ye.



Tuesday, February 20, 2007

Cuti yang membosankan....


jarang malay wedding ada bunga2 kat kereta kan?



my 4 days leave sucks!


the only place that i go was to my neighbour's wedd. just 3 of us and together wt my sis adik ipar and mom. sirman melepek kat umah, he was sick since from the weekend up to abih cuti CNY. oit...bosan ke maut.



baby bathtub ni akak nak bagi kat orang dah...so sebelum ianya jatuh ke tangan orang, anak2 mengerjakannya buat kali2 terakhir. while dema main ni, akak sibuk masak, macam2 akak dengau dema buat, lepas je akak masak, hasilnya balkoni akak abih basah banjir lencun. semua dah jadi kapal karam, gegirl ngan abang tinggal spender je aku tengok. gambar tidak dapat dihasilkan coz akak dah cam petir suh dema suh mandi semula. arggh!! budak2 kan...


last fri nye usual training, pun membosankan coz we played during lunch hour and bila semua naik opis, semua kene taichi ngan boss - some ppl expect us to work 24hrs wtout resting agaknya. inilah hintnya yang my 4 days leave will end up doing nothing!







this photo bila akak bawak orang sakit tu pi clinic, dengan warning dari dia jangan amik gambo dia while dia ngah sakit. tapi akak snap2 gak but amaran keras jangan post gambo sakit dia lam blog. so akak x leh post lar...jadi inilah hasilnya gambo isteri yang sedang menunggu suaminya bersama doctor. aku bosankan...main ngan kamera la...


btw, baca tak today's newspaper? kalau aritu ada bapa cina ni pi bunuh 2 anak2nya coz ada masalah ngan bininya. dia x per lah dah mati kojol terus, so padam2 pun x de dah ko nak merasa merana kat dunia ni cam orang gila kan? tapi yang malay mom ni, dia leh bunuh 2 anak2 kecik dia sebab lakinya nak kawin lain. kalo ko mati sama x per, ni ko lak idup, mental la orang2 ni. yang ko nak pi mati ko pi lah mati tapi ko pi bunuh anak2 kecil tu kenapa? bayangkan masa dema ngah nak azab meninggal tu? laki ko nak kawin lain ke hapa ke lantak dia lah, yang ko pi bunuh anak2 ko tu napa, bukan anak2 ko yang buat hal ngan ko. sedih la citer ni. how could a mom can behave like this?


skang, sampai ko matilah orang akan mengata pangai gila engkau tu. satu lagi si bapaknya balik2 tak jenguk anak ke, tup2 ngah tido je polis dah datang ada kat rumah. haiyok!!!


akak x emo, tapi sedih dan kecewa and ralat ngan budak2 yang jadi mangsa di tangan orang yang patut memberi pelindung kepada mereka.


ya udah.


Sunday, February 18, 2007

Kuala Krai in memory....

this entry was supposed to be posted last December, it took 2 months to tango coz akak lupa nak dload gambar. let s enjoy the journey of kak red while in Kelantan for my little sis wedding wt the Kelantan boy.






i didnt know that i have to make her up, tu pasal i didnt carry my big make up beg, hasilnya, no mascara no 3 layers of foundations, no shadings but thank god, i carry my mini MAC!!! cantik x akak make up kan Nana??


berarak ke kuala krai...sungguh memeritkan tenaga batin akak. janji yang patutnya left cheras after isya' dragged sampai 1030 mlm. ini kerana akak punya kakak yang fail in punctuality. hazab tol akak n team menunggu dia gather at mom's hse. kami tinggalkan kl dalam dinihari yang mencecah ke tengah mlm, and most of the time, akak diulit tidur wt kids saja. janji utk menemankan sirman menceceh while he s driving, janji yg tinggal janji ajor.


mata yg asik lena terbangun kejap bila we stopped kat gua musang. one thing bout kak red, bencinya bila travel ialah akak x suka ngan toilet...tapi kehendak asasi kita yang terpaksa juga membuang dalam kesejukan malam tu...kena gak lah diturutkan. ngan mata yg terpisap2 itu, akak bangun gak lah utk shishaipeng (kencing le apa laik!!!). aku x tgk kiri kanan, terus terjah masuk first toilet - and secepat kilat jugak akak keluar ngan signal nak muntah. paham2 lah apa yang ada kat 1st toilet tu, ngeri aku!



the 3 sisters wt si orang baru...

2nd toilet is much better dari 1st one but still ngan nada2 muntah akak masuk gak lah coz aku dah x de choice. bila kita tidak ada pilihan lain, terpaksa jugak lah kita berterima kasih ngan apa yang ada. x kan ko nak suh akak pi balik semak lak??


we reached kuala krai, lebih kurang 530 pagi. yang pastinya sume orang dah naik rumah tinggal akak je yang masih lagi membongkang dalam kereta. perlu diingat hobi akak yang suka tidur ni, mmg siksa sket part2 nak bangun. so bila family akak dah beria mkn kat atas rumah akak masih lagi lena, sirman gegar gak akak bangun...ngan terpisap2 aku mmg nak carik bantal je tapi perut pun lapau gak. pas menelan light2 bfast - it s actually rendang n nasi himpit yang mak akak dah siap bawak bekalkan from kl, kami pun blah ke rumah yang patut kami tinggal sepanjang di kuala krai ini. x kan nak tinggal kat umah family adik ipar akak ni plak.


rumahnya selang 2 pintu jer, adalah lam 50 langkah perjalanan......rumah yang kami duduk tu milik 2 adik beradik. ni citer sedih sket lah...since akak seorang yang ramah tamah, akak byk gak bertanya selok belok idup 2 beradik ni. si abang usianya 19 taun masih mencari kerja, baru abih belajar apa tah aku dah lupa. yang si adik pomp nye lak umur 16 taun, masih lagi in form 4. ayah dema dah meninggal lama, mak dema dah x bela dema, dah kawin lain and dah ada 9 anak lain. all this while dema tinggal ngan atuk dema, yang baru aje pulang ke rahmatullah awal tahun ini. rumah besar2 tu hanya 2 beradik aje lah yang duduk, and ura2 nya lak si abang nak melangkah kaki ke kl utk mencari kerja. bih adiknya tinggal sorang2 la kat umah nanti kan?



kat umah atas dema byk bilik tp x dipakai, kat bawah ada satu bilik, dema berkongsi bilik. musykil akak lak!! tapi cepat2 dema ckp, berkongsi bilik utk barang, tp si adik akan tidur di dalam bilik and abang akak tidur di luar...oooo gitu? idup dema ditanggung oleh sapa2 yang bergelar hamba allah yang sudi bersedekah, tapi dema pun ada wang pesaka dari arwah atuk dema ni.


eh dah kelain lak cite aku ni, but anw......akak simpati sekali ngan 2 beradik ni.

event di kelantan was on Friday noon up to late petang. kenduri nye kecil kecilan tidak kompang berarak tiada pelamin di singgahsana, menghormati majlis dan adat sana, kami juga tidak lah beria sakan. so by then, akak kena jadi make up artist for nana yang mmg zero in make up. x ckp ngan itu akak kena gak jadi photographer for them. berpackage2 aku dibantai dek adik akak ni. being as a good sister yang ko campak je apa pun akak akan tetap buat, rasanya ok ok lah kot result gambonya. lantak lah!!!

usai solat jumaat, ramai le pulak orang2 masjid yang terjah umah si pengantin, and akak pun ikut pintu belakang bawak gegirl lari ke umah si 2 beradik tu utk berehat (aku pening pala le ramai tol pak aji pak aji kat umah pengantin tu). sampai je umah, wahhhhhhhhhh...sirman akak lagi awal dah landing tidor. of cos lah dia letih drive dr kl kelantan gitu kan, akak pun join sekaki! b4 3 pm dah lena, sedor2 kol 8 mlm ko!!! gila x akak ko ni kalo dpt bantal.

and rupanya family akak yang lain sume dah ke pasir mas, menjenguk ex ipar ayah akak - x kuasa lah akak nak ngikut, itu pun amik sejam lebih ke sana, baik lah akak tidur jer. mlm kami melepak aje di rumah pengantin kungkang kung kang belahak keropok lekor sampai x hengat dunia. dapat lak kopi o cap television, mmg kaw kaw woooooo!!!



everyone decided to tidor di rumah pengantin not di rumah si dua beradik tu. akak ngan sirman lak x nak tido beramai2 kat umah pengantin yang kompem penuh orang tu so kita tekad tido lagi kat umah 2 beradik tu. mmg aman damai kami berempat, anak2 akak pun lena tido, x de orang kaco, pagi je nana datang kejut suh bersiap utk bertolak balik ke kl.

bih ko ingat, knowing kakak akak yang punctuality nye hancur tu, aku dah sampai umah pengantin kol 9 pagi dema masih lagi x bersiap2. sudahnya at almost 11am baru left kuala krai, kami singgah shopping di pekan kuala krai x tau le plak aku apa ke namanya pasar tu. borong keropok ajer di sana...murah i tell u!!!



then kami tinggalkan pengantin and bergerak pulang ke kl...cuaca kat sana mmg redup, x de panas sgt, x de le ujan banjir seperti yang dijaja2 dek lam ramalan cuaca tu. kami singgah lunch di R & R gua musang, nice place. toilet nya very the clean uols!!! akak puas ati. food dia pun ok sedap...lunch kami dah cam lunch yang x hengat bagai, siap berorder2 sup belut lagi. siap tapau pun ye. tu yang sampai 2 jam stopped kat sini, makan cam nak rak lak...bila kita ramai2, gini lah kaedahnya...seronok being together. tapi mahal gak lah mkn kat sini, mbe sbb dema ni R & R, x pun tgk kami2 ni orang kl, tu yang kaw2 dema pangkah leher.

at all......kami stop lagi kat raub for shisaipeng, and benti lagi kat genting sempah. byknye benti!!! bih tu ramai sgt nak buang air kecil, camne le x lama journey ni. sampai je kl, terus we took our dinner kat area umah akak and we safely reached here aman tenteram sentosa tapi penuh tiring and memorable!

entry kak red on pengantin baru, nana and yus tutup di sini. harap2 cepatlah korang berbunting supaya cpt aku antau baju ngandung lama akak tu kat korang.

i wish not to go to kelantan again.....jauh la dik.







Saturday, February 17, 2007

You tag me, I tag you!

awat most of my favourite blogs majorly main tagged2 ni? musim mengetag hapa? ok Shah, i will not disappoint you, not cos you are my good buddy blogger, but you are also my beloved neighbour that i know of. But Shah main tipu, he was actually been tagged for 6 weird things, ditukarnya to 6 things that you dont know bout himself. x acik! but suka dia lah kan nak buat hapa pun, so sebagai saya yang telah ditagged, yelah Shah, akak ikut jer arahan paduka doktor.


i have actually 50 things that i posted here many2 months ago, so out of 50 i can korek 6 things from it or i could add up a new one oso. hem...this is cool!


6 Things You Dont Know About Kak Red


1. When comes to work matter, I am so very the serious lady, I can be garang, I can hentam you, I can voice out, I can even yell if the things that is supposed to be in order - screwed! I am famous for this kind of attitude in my office, but if anyone in my office hurt my feelings, you dont have to wait for a few hours, i can cry immediately at my workstation. It just happend today when my boss was so pissed off wt me for something that unreasonable, I cried like hell man!!! In this blog, u can see how happy and cheerful I am, but it s all statik photos, jangan percaya bulat2 dengan gambaran senyuman dan tawa akak tu.


2. Please dont follow me while I am doing my shoes and cloth shopping. Yesterday, i was stranded in KLCC, at my office of cos till 8pm. Traffic was pretty bad, which i can see from upstairs to the road along jalan tun razak. I decided to get a new shoes then. While in the lift, sorang kawan akak pun sama in the lift. A man. We chat and he decided to follow my shopping tour. I hinted 3,4 times - x yah ikut akak lah, kau pi lah balik. Alah kak red nak ikut jugak, jalan jem lah. X paham bahasa betullah budak ni. From Eclipse boutique, passing Isetan, Spade, MNG - that s it. My final word to him then, eh sampai sudah aku x boleh beli kasutlah, kau pi lah balik. Gamaknya baru nak paham bahasa, he left. I went to this shoes shop, x sampai 15 min dia blah, i got what i want. What a 45 min wasted wt him. Menyibuk betul. So please dont follow me doing my shoes shopping especially. I dont buy shoes while kids are with me, even Sirman cannot tahan to wait for my sweet moment wt the shoes.



3. i look clumsy wt long pants and baju kurung. My office attire will always be a skirt. It s hard to see me wt pants specially. disuruh pilih pants and baju kurung, i would go for baju kurung. My baju kurung is applied di musim2 perayaan PMS specially for the first few days of it. If i am not mistaken, sudah setaun akak tidak bersuor panjang ke opis. But over the weekends or wt kids, pants adalah harus disarung. bukan sahaja mudah utk bergerak tetapi utk senang berlari2 dan mengejar anak2 yang lincah ke sana ke mari. And i buy baju kurung only for raya thingy...5 pairs a year are more than enaf for me, after few years wearing those baju2 kurung, i will pass it over to my sister or anak2 buah. this is the thing that you do not know bout me. weird?


4. as you all know, i m a mom and a wife. i m so woman. i m so a lady like - it is true. but i m also a sports lady. no matter how good i am in futsal, or badminton even in my hunt, Chess will b top of my games. New comers here - listen carefully. Apart of being a Winner of Bloggers Idol and bla bla bla plus yada yada ding dong bell....I am a very very good Chess Player. During my school time, I was among the best players, I won 4 semesters in my colleage time, and continue the tradition into the corporate world. People who do not me, will think twice to believe on this. But my old buddies would not deny it, Kak Red is a masterchess of Checkmate. 15 years ago, when I gotta know Yahoo Chess, which we can play online over internet, akak memang taksub sesangat. I can play for all nite long without taking my nap. Kalau kamu hebat dengan makan bola tido bola, i m proud to say that i can makan chess tido chess. Oh I love playing Chess so so much, but orang kata, chess player is good in thinking and mathematic but howcome I never end up my career of being like
Doctor Shah or an Accountant or a Lawyer? Cos I m suck in counting lah!!! hannan and supersnowwoman - record and alarm this in yr head, can you beat kak red in Chess?


5.
Tasik Kenyir tampak serimbun
Langsung lukah tepi Selama
Akak mahir handal berpantun
Sudikah anda turut bersama?

Trust me, akak memang boleh berpantun walaupun dalam keadaan tidak bersedia. Jika anda lahir dari tahun 1974 and above, anda pasti tahu di zaman2 sekolah menengah kita ada Pertandigan Berbalas Pantun antara sekolah2 Menengah. It was so famous that time. My team, 4 orang telah menang dalam peringkah Wilayah Persekutuan which lead us to peringkat Kebangsaan. And menyambung lagi terus ke peringkat uni time. Paling jauh bila akak bertanding among the universities di Kelantan. Setelah bekerja, I officially quit. But apabila ada majlis yang memerlukan pantun, my old contact or buddies or cousins will look for me. Even my mom will ask me to prepare a pantun for her UMNO thingy. I seldom tell people bout this. Dulu was so proud. But skang, it s only for you to know in this things that you do not know. I m not selling my pantuns collection but whoever needs my help to create it for your jiwang2 karat, I m here to help you. Korang mesti rasa akak ni cam pelikkan? gaya modern gila, tapi very the pantun girl. That s we call a gift and talent, my dear.


6. Cats. Ramai orang suka cats. But x semua orang tahu siapa akak related to Cats. Sejak akak kecil2 lagi sampai anak dara, i have my own cats. Akak sudah melalui segala kehidupan susah dan senang gembira dan duka bersama kucing2 yang akak bela sekeluarga. Bila akak telah mula duduk sendiri yakni sewaktu bujang, i have 2 persians. I was a member of Kelab Kucing Malaysia. I was so active and even one of the commitee to KKM. I enrolled my persians to semua pertandingan kucing, posted them into magazines so on. They have their own medical books, photos every where, baju and accessories nak berjalan kulu kilir terpaksa bawak these 2 persians. Till I got married and pregnant, when one of them mati kerana demam panas. Sirman that time was based in Spore, had to flew back to KL semata2 akak dah meraung x hengat dunia dengan kematian yang x disangka si kucing kesayangan. That time, i was on my early stage of my 1st pregnancy. Setelah Abang dilahirkan, abang tidak boleh dekat dengan kucing, he has a minor athma, I have to take cruel precautions semata2 demi anak. I have to send the 2nd persian to SPCA Jalan Ampang. Pendekkan cerita, I quit KKM, I quit cats. Till now. I never get a chance to have one. My kids love it, me of cos. But Sirman doesnt approve the hobby anymore. I may have to wait few more years to go wt the hobby back, probably bila sirman and akak sudah tua kot.


The rule of the game:


In this game, each person who is tagged starts out by telling 6 things that people do not know about themselves on their own blog, as well as state the rules clearly. At the end, you will need to choose 6 people to be tagged and list out their names. After that, leave them a comment on their blogs letting them know you tagged them and get them to read your blog. So here are my victims who are among some of my favourite bloggers. Nasib hangpa la kan...nasib akak dah tersurat ni ha....


1.
Fiebie - akak cabar ko ni fiebs!!!


2.
Bakal Doctor Mental - hannan, jangan byk cekadak just do it!


3.
Snowwoman - you think you can escape from me?


4.
Zemms - I m sure you wonder why i tag you!


5.
Ween - i know that you just moved to a new house, but what the heck, once your internet line is up, you need to do this task.


6. Some of my Bloggers Idol of 2006 buddies -
Nadh (akak miss you too!), Mal (akak tau ko off from internet but sib kau lah, Isis (u really2 have to do this, ko nak lari ke mana?), Y (wpun kain akak dah berzaman ko simpan, kau tetap jugak kena buat), Ley Budak Catwalk (ko mesti banyak masa nak buat tagging ni kan)....... (matiklah semua orang akak rangkumkan - akak x letak ujang and affy coz i know u both are so damn bloody bz)


i wanted to put more and more, but the rules are only for 6, yet akak dah cross the border. so pedulik hapa akak sapa yg set the rules tu kan. nama2 yang tidak ada dalam tagging links akak, jangan risau, akan tiba masanya nanti kamu akan akak tag jugak, and i believe some of you have been tagged as well, take yr time and enjoy the moment of break the secrets of the title of this tag.


I m off to enjoy my 4 days leave, yang menyambut raya cina, semoga merah menyala lah anda sentiasa, akak suka tengok pakaian2 dema bila time2 cenggini, reds here and there!!!