Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, February 10, 2008

Frames in the house...


nak bersilat aku ngan sirman pikiak mana nak letak 6 frames yang dah pending berbulan2...


aku nak letak kat wall sini, dia nak letak kat wall sana...



ita itu pose gambo ni utk ko coz sbb sms ko yang dia paku tang dinding konkrit ni... (gunanya jiran tetangga wpun ita kedekut nak hantar rendang ayamnya di hari CNY, tp adat berjiran bergosip panas itu harus!!!)



frame ni lak from our story lam Berita Harian August dulu, dekat 6 bulan nak suh dia paku, makan ati jgn x makan ati le ye, org IT lain pikirannya ngan org ketuk2 dinding..



kalau sok lusa lak kuor citer aku lam newspaper memana lak kan, kan le kan...ada gak lg 6 bulan br sirman ketuk dinding...



aku cakap kan kan je kan..korang jgn le pi dulu beli suratkhabor plak.




Wednesday, December 26, 2007

Wed lunch...


br aku blog ceceh pasal takde air kat BTR, tu diah mlm tadi nya news kuor kat TV3. yang aku ingat dia ckp 'pihak SYABAS sedang berusaha menangasi masalah ini'

aduhai, dah bertaun2 macam ni bang Bas oiiii...


mata tetappppppppp kat tv tu!

aku masak simple je la, budak2 bukan makan pedas. sup sayur bayam + carrot + fishball ngan selar goreng. ikan tu special for gegirl, dia hantu ikan, specially part2 yang rangup2 tu. Abang lak fav ngan fishball.



aku makan sapa nak teman lak ye.........

Saturday, September 22, 2007

Sleeping beauty...

selamat tinggal Nurin..

tidurlah dengan aman..

kalau hidupmu akan membawa pilu dan trauma

biarlah tidurmu lena di sana



...everytime i think bout her, i think bout other children in the world. i have abang and gegirl, they are my blood dan mereka adalah nyawaku. Ya Allah, Kau lindungilah anak-anakku dan anak-anak mereka di luar sana.


Thursday, September 20, 2007

She s Nurin..


Alfatihah to Allahyarhamah Nurin Jazlin. The reports confirmed that the body in the bag is her.

Zalimnya manusia yang mendera dan mengambil nyawanya.
******

From Bernama

KUALA LUMPUR, Sept 20 (Bernama) -- DNA test confirmed that body stuffed in asports bag on Monday at a shophouse at Jalan PJS1, Petaling Jaya Utama asthat of Nurin Jazlin Jazimin, 8, who had gone missing a month ago, said Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed.


Dari Berita Harian Mutakhir

Mayat dalam beg sah Nurin Jazlin

POLIS hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak. Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini. Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas. Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.

"Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya. Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin. Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya. Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut. Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu. Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa. "Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

"Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami," katanya dengan linangan air mata. Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya. Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya," katanya sebak.




AlFatihah. jika benar betul itu Nurin, akhirnya bertemu juga dan berkubur juga si anak, tapi sekiranya bukan ...