esok 19 January. esok Anniversary Day aku ngan cik sirman. Esok pun gak Hari Asyura.

macam tahun lepas, dapatlah aku ngan sirman bermanja2 berdating sana sini for half day, lepas tu abang tepon mintak balik cepat, badan dia demam. aisay projek dating makpak tergendala dibuatnya. taun ni pun takde special occasion. Aku ada full project anak beranak di hari anniversaryku. pagi buta sirman balik dia kena qada tido dia, pastu kitorg nak pi somewhere related to abang's case.
aku ingat nak pi je sendiri ngan anak2 aku biarkan sirman tido membongkang qada tido keje malam dia, tapi dia nak ikut, u nanti jangan komplen ngantuk ye..u tu manja sangat. bini u x tido 24jam pun boleh tahan, kang u kepala tingtong, angin u datang lak.
lepas tu nak kejar balik VA coz abang kena pi NK's school dia. ada kelas ganti coz dema sambung cuti raya cina nanti. dan byk projek la ari sabtu ni. ahad x leh nak ke mana, sian anak2 aku sekolah 6 ari, burn lak nanti otak dema.
back to our anniversary, sirman dah bagi aku adiah, tp ada adiah lagi yang aku dok tunggu, dia suh tunggu lagi dan lagi. 7 taun kawin, nak anak, aku dah bagi 2 anak, nak anak lagi, cecukup la dulu mana yang ada ni ye. Rezeki Allah, jangan tamak.
all in all, x nak la aku melebeh2 citer cinta aku kat sini pulak, ramai yang suka membaca dan ramai yang tersenyum tapi aku malas nak nenaip pepanjang lar... The transformation of your Kak Red ni ada kat link ni, puas ati la baca, mls aku nak dload dr picasa gambor2 bagai...amik le korang tengok dr situ.

Dari aku kering sekeping, gemuk sedempol, tembam semangkuk, semuanya bertempek kat link tu. Aku nikah hari jemaat lepas semayang jemaat. Nun nikah kat Masjid Saidina Othman. 2 kali akad, masa nikah pakai gold colour, mlmnya buat majlis bersanding kat dewan BTR, ikut adat melaka siap la ngan cucuk2 kepala tu, pastu berinai besar bagai. Sanding belah aku dah tentu le kaler merah menyala, Nurul Shukor was the one yang siapkan aku. Sanding umah Sirman on the next daynya kaler biru. 3 days later terus fly to Phuket for our honeymoon.
Balik dari hmoon, dia terus sambung keje dia balik kat Spore, jadi le weekly spouse, aku bunting pelamin, dapat abang, abang dah umur 6 bulan baru Sirman balik KL semula keje kat sini. 3 years later dapat lak gegirl. cecukup la kan...
Happy Anniversary to Red Diva wt Encik Sirman. sapa2 nak bagi adiah, ha bak ler...anto email kat alompakagogo@yahoo.com , nnt kita kawtim la camne nak amik nak collect bagai. N tapak kasih hati aku tadahkan. Hadiah sila beri utk si isteri, sang suami tak perlu kerana readers isteri lagi beribu2 dari readers suami. Boleh gitu?
Hadiah utk sirman, dia mintak aku belikan dia selipar. Senang kan laki aku tu...bininya kalo mintak adiah kena gah2...tp tang dia senang jer. hallo...korang agak2 lah sandal kasut pun bape ratus yang dia pakai.
***Saya ada voucher Parkson RM450, kat Parkson ada jual sandal lelaki kan.... :P
